Kajian Kes: 33 Strategi & Teknik Pemasaran Zalora

strategi teknik pemasaran zalora

Sebut sahaja Zalora, ia sudah tidak asing lagi bagi kita. Jika dahulu jenama ini bunyinya agak janggal sekali, hari ini laman e­-commerce ini telah berjaya merampas sebahagian besar pegangan pasaran di Malaysia.

Sejak dari mula Zalora bertapak, saya memang memerhatikan gerak kerja pemasaran mereka secara diam­-diam.

Kerana begitu teruja dengan taktik­-taktik mereka itu, saya bercadang untuk mengumpulkan semuanya untuk dikongsikan kepada anda.

Sepanjang proses menyiapkan kajian kes ini, saya sendiri telah membuat 2 tempahan produk yang berbeza pada hari dan waktu yang berbeza.

  • Produk wanita – Tudung (pada bulan Februari)
  • Produk lelaki – Casual shirt (pada bulan Mac)

Kenapa Saya Buat 2 Tempahan?

Jawapannya mudah. Pertama, sebab saya nak tengok ‘settings’ pemasaran Zalora selepas saya membeli produk lelaki dan wanita.

Kedua, sebab saya nak kenalpasti ‘corak’ pemasaran Zalora sama ada sama atau tidak untuk produk lelaki dan wanita.

3 Nota Penting Untuk Anda

  1. Prospek Digital bukan sedang membuat advertorial atau review. Apa yang anda baca di bawah adalah kajian kes dengan tujuan mahu berkongsi dapatan­-dapatan menarik yang boleh anda uji cuba dalam bisnes anda sekarang.
  2. Zalora tidak membayar apa­-apa komisen kepada Prospek Digital sebelum / semasa / selepas kajian kes ini ditulis. Kami tidak pernah berhubung secara langsung dengan mereka sebelum / semasa / selepas kajian kes ini dibuat.
  3. Segala screenshot di bawah dipetik terus dari bahan­-bahan pemasaran Zalora. Kami tidak edit apa­-apa. Kami sedaya upaya mahu berikan anda maklumat yang neutral sepenuhnya.

33 Perkara Yang Boleh Anda Belajar Daripada Zalora

#1 – Kupon Selepas Pembelian (Checkout)

Semasa selepas pembelian pertama (tudung), Zalora paparkan halaman kupon diskaun 15% di bawah kepada saya. Ianya tamat pada 28 Feb 2015.

kupon selepas checkout di Zalora

Dan, selepas pembelian kedua (casual shirt lelaki), halaman sama dipaparkan dengan kod yang berlainan dan tarikh luput yang berlainan, iaitu pada 31 Mac 2015.

kupon selepas pembelian Zalora

Motif?

i. Zalora mahu saya beli lebih banyak produk.
ii. Mereka mahu saya bawa mereka seorang lagi pelanggan (beri kupon kepada kawan).


 #2 – Pertandingan + Kupon

emel pertandingan Zalora

Emel yang dihantar kepada saya

landing page pertandingan Zalora

Landing page khas untuk pertandingan ini

Selepas pembelian pertama, Zalora menghantar satu emel menjemput saya untuk turut serta dalam satu pertandingan yang sedang mereka anjurkan.

Hadiah yang ditawarkan adalah sebuah ​Macbook Air ​dan ​Kate Spade Bag. ​Satu kod khas diselitkan di dalam emel tersebut dan saya perlu gunakan kod tersebut jika mahu turut serta.

Motif?

Zalora mahu saya buat belian ulangan untuk ‘unlock’ syarat­-syarat yang telah ditetapkan untuk turut serta dalam pertandingan tersebut.

Dan, Zalora mahu bawa prospek baru dengan meletakkan syarat seseorang yang belum mempunyai kod khas untuk kongsikan terlebih dahulu URL landing page pertandingan tersebut.

Mereka lakukannya untuk 2 tujuan:

i. Dapatkan 1 penyertaan baru (1 ​potential buyer)​
ii. Dapatkan prospek­-prosek baru secara percuma melalui Facebook


 #3 – Baucar Selamat Datang Di Dalam Emel

Sebaik sahaja saya selesai menempah produk pertama dan menjadi pelanggan mereka, Zalora secara automatik menghantar satu emel mengandungi kod kupon diskaun RM20 kepada saya seperti di bawah.

emel selamat datang dari Zalora

Dan, Zalora memberikan ‘tekanan secara halus’ dengan meletakkan syarat bahawa kupon tersebut hanya sah ditebus dalam tempoh 7 hari sahaja dengan nilai belian minimum sebanyak RM99.

syarat kupon selamat datang Zalora
Motif?

Teknik ‘limited time offer’ yang mereka gunakan ini bertujuan mahu meningkatkan belian ulangan (repeat order)​ untuk setiap pelanggan. Mereka mahu tingkatkan ​average spend per customer.​


 #4 – Produk Cadangan Dalam Emel

Dalam emel yang sama juga, mereka cuba untuk ​cross-sell​ dengan menunjukkan produk­-produk lelaki cadangan seperti di bawah kepada saya.

Zalora cukup bijak. Biarpun saya membeli produk wanita (tudung), mereka tidak mencadangkan produk wanita. Sebaliknya, mereka cuba untuk ‘memahami’ saya dengan memaparkan produk lelaki sahaja.

Ini berdasarkan maklumat profil saya ketika mendaftar di laman mereka. Jika saya memilih jantina wanita di dalam profil akaun Zalora saya, boleh jadi saya akan melihat skirt, ​high heels, ​gelang dan tudung untuk bahagian ini.

produk cadangan dalam emel Zalora

Motif?

Zalora mahu saya masuk ke laman web mereka dan lihat produk-­produk lain yang mungkin saya minat.


 #5 – Pautan Kategori Dalam Emel

kategori produk dalam emel

Tak cukup dengan produk cadangan sahaja, mereka juga turut paparkan pautan ke kategori­-kategori utama di laman web mereka kepada saya. Sekali lagi, ia adalah kategori produk lelaki.

Dan, yang menariknya di sini adalah, mereka meletakkan bahagian ini dalam hampir kesemua emel-­emel yang mereka kirimkan kepada saya selepas itu.

Motif?

Zalora mahu saya beli lagi dan lagi daripada mereka.


 #6 – Jualan Satu Hari Sahaja

jualan sehari sahaja di Zalora
Sekali lagi, Zalora menggunakan teknik ‘urgency’ dengan menawarkan kod kupon diskaun 20% pada musim gaji. Mereka meletakkan syarat yang kod tersebut hanya sah pada hari emel itu dihantar sahaja.

Motif?

Habiskan duit gaji pelanggan pada bulan tersebut.

Zalora mahu saya beli lagi. Zalora mahu saya rambang mata dan tak fikir jauh ketika membeli sebab:

  1. Baru gaji
  2. Ada diskaun

Hebat permainan Zalora setakat ini?

Ada yang lebih hebat di bawah.

Teruskan membaca.


 #7 – Pos Percuma Jika Belian RM75 Ke Atas

Zalora meletakkan ​syarat ​di mana setiap pembelian RM75 dan ke atas, kos penghantaran adalah percuma.

pos percuma di Zalora

Selagi jumlah nilai produk di dalam bakul (​cart)​ pelanggan tidak mencapai nilai RM75, mesej seperti di atas dipaparkan untuk memujuk pelanggan menambah lagi produk untuk menikmati pos percuma.

Motif?

Zalora mahu pelanggan beli lebih dari 1 produk. Mereka mahu tambah lebih banyak untung.


 #8 – Joint Venture (JV) / Kolaborasi Dengan Jenama Lain

Zalora JV MyTeksi

Zalora menjalinkan usaha sama dengan MyTeksi di mana jika pelanggan Zalora menggunakan aplikasi MyTeksi dengan kod kupon khas, pelanggan tersebut layak menerima:

i. RM10 diskaun untuk tambang teksi yang dinaiki
ii. Kupon diskaun RM50 di Zalora

Saya sendiri mencubanya. Memang benar. Saya terima 2 item di atas. Satu usaha sama yang orang kata ‘win-­win situation’​:

i. MyTeksi dapat pelanggan baru (dari Zalora)
ii. Zalora dapat pelanggan baru (dari MyTeksi)

Motif?

Bertukar-­tukar prospek dengan cara yang betul. Ini adalah salah satu cara pemasaran berkos rendah, berimpak tinggi dan pantas membuahkan hasil.


 #9 – Status Tempahan Lengkap

Tidak mahu buat pelanggan mereka rasa resah menunggu tempahan sampai, Zalora menyedia fungsi ‘order tracking’ ​di laman mereka.

Setiap aktiviti untuk setiap tempahan dipaparkan secara lengkap bersama-­sama dengan tarikh dan masa.

Selepas membuat pembelian kedua, saya terus membuat semakan. Keputusannya seperti di bawah.

status tempahan di Zalora

Motif?

Zalora mahu tenangkan pelanggan mereka yang tak sabar nak terima produk dan tingkatkan kepercayaan pelanggan mereka terhadap servis mereka.


 #10 – Pelbagai Pilihan Bayaran (Termasuk COD)

kaedah bayaran di ZaloraPada laman Checkout, mereka memberi 5 pilihan bayaran seperti dalam gambar di sebelah.

Zalora tahu yang setiap pelanggan mereka mempunyai cara bayaran yang mereka suka dan selesa yang berlainan.

Jadi, mereka cuba untuk tambah saluran bayaran sebanyak yang boleh.

Lebih menarik, cara bayaran melalui kaedah COD juga ditawarkan untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang.

Motif?

Zalora tidak mahu lepaskan prospek yang sudah 98% mahu bertukar menjadi pelanggan mereka.

Pelanggan sudah sedia mahu beri duit, jadi mereka buka semua pintu duit masuk mereka.

Dan, untuk pelanggan yang kurang yakin, mereka mahu menangkis ketakutan pelanggan tersebut terhadap mereka dengan menawarkan pilihan kaedah bayaran melalui cara COD.


#11 – Lencana Selamat Membeli Di Sini

#12 – Tawaran Langganan Newsletter

#13 – Survey Ringkas

halaman Checkout Zalora

3 poin di atas saya rangkumkan sekali di sini kerana ketiga-­tiganya berada dalam satu laman yang sama iaitu pada laman ​Checkout – halaman terpenting dalam mana-mana laman web berbentuk e-commerce.

i. Zalora meletakkan satu lencana khas mengatakan bahawa data­-data sulit yang dimasukkan di halaman tersebut adalah selamat kerana mereka menggunakan teknologi dan rangkaian yang selamat.

ii. Zalora secara ‘​default’​ menandakan kotak “​Zalora Newsletter Sign up” ​untuk saya ketika pembelian pertama.

iii. Pada bahagian ini, mereka mahu ukur kejayaan kempen­-kempen pemasaran mereka secara kasar. Biarpun ‘​conversion data’ ​saya mereka boleh sukat dengan lebih terperinci menggunakan perisian-­perisian khas, mereka tetap nak tahu bagaimana saya dapat tahu kewujudan mereka.

Motif?

i. Zalora mahu saya berasa yakin untuk berikan maklumat sulit seperti alamat rumah, nombor telefon, nombor kad debit / kredit dan sebagainya. Jika pelanggan tak yakin, pelanggan akan tutup halaman ini. Ia sangat sensitif untuk sesetengah orang.

ii. Zalora tidak mahu lepaskan saya yang akan jadi pelanggan untuk terus kekal berhubung dengan mereka. Zalora sedar kepentingan pemasaran emel yang berkos rendah dan berimpak tinggi.

iii. Zalora mahu gunakan data ini untuk tujuan laporan dan penambahbaikan kempen-­kempen mereka seterusnya. ​Data tells the truth.​


 #14 – Baucar Selamat Datang (Dalam Bentuk Pop­up)

popup pertama kali di Zalora

Perkara pertama yang dilihat oleh prospek baru yang masuk ke laman Zalora adalah ​pop­-up​ seperti di atas. Zalora bermurah hati memberikan kupon diskaun RM20 kepada prospek baru mereka.

Hanya dengan memasukkan emel, kupon diskaun khas akan dihantar kepada prospek tersebut dan prospek tersebut boleh membuat tempahan pertama dan menikmati diskaun RM20 tersebut.

Motif?

i. Zalora mahu ‘pegang & ikat’ prospek. Apabila prospek memberikan emel mereka kepada Zalora, mereka secara automatik menjadi subscriber newsletter Zalora.

Ini bermakna, mereka akan mula terima makluman tentang segala jenis promosi Zalora selepas itu. Zalora sudah jimat banyak kos di sini kerana aset (database) prospek sudah berada dalam simpanan mereka.

ii. Dengan memberikan kupon diskaun, Zalora mahu mengurangkan rasa takut prospek khususnya yang pertama kali mahu membeli di Internet.

Pemberian diskaun ini boleh menurunkan risiko yang sedang bermain dalam minda prospek dan membuat mereka yakin untuk membuat pembelian pertama di Zalora.


 #15 – Bertanya Review Produk (Guna Borang Di Laman Web)

emel minta review dari Zalora

Selepas pembelian kedua sampai di tangan saya, mereka mengirimkan pula satu emel.

Dalam emel ini mengandungi satu butang yang menghubungkan saya dengan laman review bagi produk yang saya beli tersebut.

Apabila saya klik butang “​Review Me”​ di dalam emel itu, saya di bawa ke laman khas di laman web mereka seperti di bawah.

halaman review produk Zalora

Laman khas untuk tinggalkan review di laman web Zalora

Motif?

Zalora mahu tahu sejauh mana tahap kepuasan saya terhadap produk mereka.

Apabila seseorang meninggalkan review, review tersebut akan dilihat oleh prospek lain di laman web mereka.

Kajian membuktikan, prospek lebih mudah percaya review orang lain sebelum membeli.

Jadi, Zalora mahu saya (yang sudah membeli) bawakan mereka seorang lagi pelanggan baru dengan cara mudah dan berkesan.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Wah ! Saya sangat teruja dengan marketing strategi mereka . Benar-benar kagum.Saya mahu cuba beberapa teknik mereka untuk produk saya pula. Terima kasih Zul.

  2. inspektor sahab says:

    Case study yg teliti. Jarang nak dapat intipati website yg bermaklumat dan bahasa ibunda tahap tinggi macam ni dalam kebanyakan website buatan tempatan yang pernah saya layari . Kipidap!!

  3. Terima kasih tuan atas info yang sangat-sangat best dan berguna ni…lepas ni saya nak try pula dalam bisnes saya

  4. Thx utk info yg sgt padat!! minta izin guna info ini utk research sy ttg kaedah pnyelidikan prniagaan e-commerce

  5. Hebat karangan info tuan zul

  6. Mohd Ridzuan says:

    terima kasih dgn penerangan yg ringkas dan jelas utk tambah pengetahuan

Speak Your Mind

*

Shares