Remarketing Melalui Google Analytics Kini Lebih Mudah Dengan Fungsi Terbaru Ini

Remarketing atau retargeting adalah satu kaedah pengiklanan digital yang mana iklan kita akan ‘mengikut’ prospek (yang telah melawat laman web kita) di platform-platform yang menyediakan opsyen ini.

Dan antara salah satu saluran remarketing yang popular adalah melalui AdWords GDN (Google Display Network). Prospek yang telah melawat laman web anda, kemudiannya akan melihat kembali iklan anda (teks atau banner) di mana-mana laman web yang memaparkan iklan Google.

Dalam contoh yang mudah, anda boleh lihat visual ringkas dibawah:

Screen Shot 2015-02-08 at 5.46.34 PM

Dan jika anda telah menggunakan Google AdWords, cara paling ringkas untuk mengaktifkan kempen ini adalah dengan membina ‘remarketing list’ terlebih dahulu di dalam Google AdWords.

Cara-caranya ada diterangkan di dalam panduan dibawah:

https://support.google.com/adwords/answer/2454064?hl=en

Juga Google ada menghasilkan infografik ringkas untuk menerangkan secara menyeluruh bagaimana remarketing berfungsi:

google infographic on remarketing

Secara ringkas, sebelum anda memulakan kempen remarketing anda perlu membina remarketing list terlebih dahulu. Remarketing list dalam bahasa ringkasnya adalah satu ‘folder’ yang menyimpan senarai prospek-prospek yang telah melawat laman web anda.

Dan untuk membina remarketing list ini, anda mempunyai dua cara iaitu:

1. Melalui Google AdWords;

2. Melalui Google Analytics.

Bagi anda yang baru hendak mula menggunakan kempen remarketing ini, kami sarankan anda guna remarketing list di AdWords terlebih dahulu.

Dan bagi anda yang sudah biasa menggunakan kempen remarketing, anda boleh tambah satu lagi remarketing list melalui Google Analytics.

Apa yang membezakan remarketing list di antara AdWords & Analytics adalah, di Analytics anda boleh membuat segmen prospek mengikut beberapa parameter seperti demografik atau ‘behaviour’ prospek yang melawat laman web anda.

Sebagai contoh, anda boleh membina satu remarketing list khas di Analytics untuk prospek yang melawat laman web anda yang berumur di antara 25-34 tahun dan jantina perempuan seperti dibawah:

Screen Shot 2015-02-08 at 6.13.24 PM

Dan sekarang, untuk membina remarketing list seperti ini di Analytics menjadi lebih mudah apabila baru-baru ini Google telah memperkenalkan ‘Google Analytics Instant Activation’.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya perlu mengikuti 4 langkah mudah dibawah:

Langkah #1 – Klik ‘Audiences’ dibawah bahagian Remarketing di dalam bahagian admin property (Admin >> Property):

remarketing 1

Langkah #2 – Pilih akaun AdWords yang anda telah link-kan ke akaun Analytics tersebut (nota: Anda perlu membuat linking ke akaun AdWords terlebih dahulu sebelum boleh meneruskan langkah ini):

remarketing 2

Langkah #3 – Klik butang ‘Enable’ & sekarang Google Analytics akan mula mengumpulkan list prospek untuk kempen remarketing anda:

remarketing 3

Langkah #4 – Apabila jumlah remarketing list anda sudah mencapai jumlah minimum 100 prospek unik (atau unique cookies) yang ditetapkan Google AdWords, anda sudah boleh melancarkan kempen remarketing anda di AdWords.

—————

Bagi kami, fungsi Instant activation ini boleh membantu para pengiklan yang tidak mempunyai kemahiran teknikal untuk mengambil peluang menggunakan Google Analytics bagi membina remarketing list mereka.

Ini kerana sebelum ini proses untuk membina remarketing list seperti ini agak panjang & sedikit kompleks dan bagi mereka yang tidak biasa dengan penggunaan tagging, kemungkinan besar kempen remarketing mereka tidak akan berjalan sampai bila-bila.

Jadi buat anda diluar sana, manfaatkanlah kemudahan yang telah disediakan oleh Google Analytics ini. 🙂

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares