Google Akan Memaparkan Tweet Dari Pengguna Twitter Di Dalam Keputusan Carian Mereka Tidak Lama Lagi

Dua gergasi besar Internet, Google & Twitter baru-baru ini dilaporkan telah bekerjasama untuk memaparkan tweet dari pengguna Twitter terus ke halaman keputusan carian (SERP) di Google.

twitter di google

Menurut laporan tersebut, tweet berkaitan sesuatu kata kunci (keyword) akan dimuatkan terus di Google sejurus ia dihantar oleh pengguna.

Jadi, ini adalah satu peluang yang amat baik bagi anda yang menggunakan pendekatan “content marketing” di mana Twitter boleh digunakan untuk 3 tujuan serentak:

  1. Berkomunikasi dengan followers
  2. Menarik prospek (bukan followers) dari Google untuk berhubung dengan anda di Twitter
  3. Membawa followers & prospek tersebut melawat blog atau website anda

Kredit foto: Pixabay.

Minat Nak Belajar Twitter Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Twitter secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares