Kini Anda Boleh Menguruskan Akaun Facebook Ads Dengan Mudah Melalui Smartphone

Dengan jumlah pengiklan aktif seramai 2 juta yang menggunakan platform FB Ads, Facebook hari ini secara rasminya melancarkan aplikasi Facebook Ads Manager mereka untuk pengguna iPhone.

fb-ads-manager-app

Melalui aplikasi khas ini, pengiklan boleh:

  • Melihat prestasi kempen iklan
  • Edit iklan
  • Edit bajet iklan
  • Edit jadual iklan
  • Bina iklan
  • Terima notifikasi dari Facebook melalui Push Notification

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh muat turun aplikasi Facebook Ads Manager ini melalui App Store.

Untuk iPhone Sahaja? Android Macamana?

Facebook mengatakan bahawa mereka sedang dalam proses membangunkan versi yang sama untuk platform Android dan pengiklan yang menggunakan peranti Android akan menerimanya tidak lama lagi.

Update: Tak Jumpa Dalam App Store?

Untuk makluman anda, aplikasi ini ditawarkan melalui App Store US sahaja buat masa ini dan masih belum memasuki App Store Malaysia.

Facebook mengatakan bahawa ia akan memasuki App Store negara-negara lain dalam masa beberapa minggu dari sekarang.

Untuk memuat turun aplikasi ini, sila tukar Country setting App Store anda ke negara US terlebih dahulu. Rujuk video ini.

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares