Call Only Ads – Kempen Baru Di AdWords Khas Untuk Peranti Telefon Pintar

Sesetengah bisnes lebih mementingkan medium panggilan telefon berbanding cara yang lain untuk berhubung dengan prospek mereka.

call only billboard

Ini kerana, bagi mereka cara ini lebih efektif (dari segi kos, masa dan lain-lain) berbanding menggunakan cara yang lain seperti klik ke laman web, datang terus ke kedai fizikal, dan lain-lain.

Kes seperti ini mungkin biasa kita lihat melalui pengiklanan konvensional seperti iklan OOH (Out of Home) seperti billboard.

Akan tetapi bagi medium pengiklanan digital, tidak banyak medium yang menyediakan kemudahan iklan yang hanya memfokuskan kepada panggilan sahaja. Kebanyakannya menggunakan opsyen klik sebagai medium paling utama.

Dan sekarang, ianya tidak lagi dengan AdWords. Semalam Google telah melancarkan satu pilihan iklan terbaru di dalam iklan pemasaran carian (SEM) AdWords, iaitu iklan “Call-only”.

call only ads adwords

Melalui iklan “Call-only” ini, iklan anda akan dipaparkan di keputusan carian Google di peranti telefon pintar sahaja, seperti contoh dibawah:

call only ads di adwords

Apa yang membezakan iklan “Call-only” ini dengan iklan teks biasa adalah, prospek tidak boleh klik iklan anda untuk ke laman web (landing page), mereka hanya boleh klik kepada butang “Call” seterusnya membuat panggilan telefon ke nombor telefon bisnes anda.

Dan anda akan dicaj setiap kali prospek klik butang “Call” tersebut (CPC – Cost Per Click).

Sudah pasti ini adalah berita baik buat anda diluar sana yang lebih mengutamakan panggilan telefon dari prospek untuk ‘close the deal’ berbanding cara yang lain. 🙂

Kredit imej: 1800Attorney.com & Martin Cathrae.

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares