Butang ‘Call to Action’ Kini Sudah Boleh Digunakan Di Facebook Page Anda

Call to Action atau singkatannya CTA adalah perkataan ringkas yang ‘mengajak’ prospek untuk melakukan sesuatu tindakan & dalam konteks pemasaran digital, tindakan boleh diertikan sebagai mendaftar ’email newsletter’, membuat pembelian, mendaftar akaun dan lain-lain.

Dan pada bulan Disember lepas, Facebook telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan butang ‘call-to-actions’ yang boleh digunakan di Facebook page.

Sebanyak 7 butang CTA akan diperkenalkan & ianya adalah:

1. Book Now
2. Contact Us
3. Use App
4. Play Game
5. Shop Now
6. Sign Up
7. Watch Video

Butang ini telah diperkenalkan untuk pengguna Facebook di US terlebih dahulu & baru-baru ini pengguna di Malaysia sudah mula boleh menggunakannya:

butang cta

Jika anda memilih untuk ‘Create’, seterunsya anda boleh pilih butang mana yang sesuai dengan Faebook page anda:

pilih cta

Setelah semua proses diikut, butang CTA anda kini sudah boleh berfungsi & anda boleh mengukur keberkesanan butang ini melalui statistik klik di bahagian kanan page anda:

statistik klik CTA

Bagi kami, melalui butang CTA ini anda mempunyai satu lagi pilihan untuk mempromosikan produk (melalui klik ke laman web/applikasi/video) selain daripada post di page itu sendiri.

Dan yang lebih penting, fungsi ini adalah percuma – cubalah sekarang! 🙂

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares