Format Iklan Terkini Facebook Ads Ini Adalah Berita Baik Kepada Pemilik Bisnes Ecommerce

Jika anda pemilik bisnes ecommerce & sudah menggunakan Facebook ads sebagai salah satu saluran mendapatkan prospek bisnes anda, ini adalah berita baik untuk anda.

Facebook pada hari ini telah mengumumkan pelancaran format iklan terbaru di Facebook Ads yang dipanggil Facebook Dynamic Product Ads.

facebook multiple ads

Jika sebelum ini anda boleh menggunakan Facebook multi-product ads untuk memaparkan lebih dari satu produk dalam satu-satu iklan di Facebook, kini prosesnya lebih mudah dengan dynamic product ads ini.

Apa yang anda boleh lakukan dengan iklan terbaru Facebook ini adalah:

1. Muat naik katalog produk di Facebook & paparkan iklan kepada target prospek di Facebook secara automatik atau mengikut pilihan target audiens anda (interest/demographic targeting atau custom audience)

2. Promosi satu produk (single product) dengan pelbagai USP (Unique Selling Points).

Dan untuk menggunakan fungsi ini, anda memerlukan akaun Facebook Business Manager terlebih dahulu seperti contoh dibawah:

contoh facebook business manager

Jika belum, anda boleh mendaftar akaun Facebook Manager disini:

https://business.facebook.com/

Setelah mendapat akses ke Facebook Business Manager, ikut langkah demi langkah yang dinyatakan di dalam laman dibawah:

https://www.facebook.com/business/a/online-sales/dynamic-product-ads

Fungsi iklan terbaru ini akan mula diaktifkan beberapa minggu dari sekarang & anda boleh mengaksesnya melalui Facebook Power Editor kelak.

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares