10 Hari Lagi, Google Akan Menamatkan Fungsi Ini Di Google Display Network

Google Display Network (GDN) adalah salah satu saluran yang disediakan oleh Google AdWords untuk para pengiklan memaparkan iklan teks atau iklan banner di laman-laman web yang ada memaparkan iklan Google (menyertai program Google Adsense).

Berbeza dengan iklan di Google Search (SEM), pengiklan boleh memilih untuk menyiarkan iklan mereka dengan menetapkan beberapa opsyen seperti yang boleh dilihat dibawah:

targeting dalam GDN

Dan pada 17 Februari ini, Google secara rasmi akan menamatkan salah satu opsyen targeting di dalam GDN, iaitu ‘Other interests’:

other interest dalam gdn

Bagi anda yang masih menggunakan opsyen targeting ‘Other interests’ ini, Google menasihatkan supaya ianya ditukar kepada opsyen targeting lain seperti ‘Affinity audiences’ atau ‘In-market audiences’ sebagai sub-kategori dibawah targeting ‘Interests & remarketing’.

Dan jika anda masih belum jelas dengan opsyen-opsyen targeting alternatif ini, Google ada berkongsi satu visual ‘corong pembelian’ (buying funnel) ringkas yang cukup jelas dalam menerangkan fungsi setiap targeting ini:

gdn targeting purchasing funnel

Bacaan tambahan mengenai corong pembelian disini:

http://www.prospekdigital.com/2013/07/struktur-asas-kempen-sem-1-tujuan-kempen-yang-jelas/

 

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares