1 Hingga 10 – Skor Relevan Akan Diperkenalkan di Facebook Ads

Dalam masa terdekat, Facebook akan memperkenalkan satu metrik terbaru yang akan membantu para pengiklan untuk mengetahui tahap kerelevanan iklan terhadap target audiens (prospek) yang ditetapkan dalam iklan Facebook ads mereka.

Metrik tersebut adalah ‘Relevance Score’ & anda akan mula dapat melihat metrik ini dalam beberapa hari (atau minggu) dari sekarang:

skor relevan fb ads

Secara ringkas, skor relevan ini adalah diantara 1 hingga 10 dengan skor 10 adalah yang tertinggi manakala 1 yang terendah.

Terdapat beberapa faktor yang akan digunakan oleh Facebook di dalam menentukan skor relevan ini, seperti:

1. Positive feedback

2. Negative feedback

Positive & negative feedback ini akan bergantung kepada sejauh mana respon target audiens terhadap iklan anda. Sebagai contoh jika iklan anda banyak menerima ‘hide’ atau ‘ad report’ maka skor relevan iklan anda akan jadi rendah.

Dan sebagai manfaat, iklan yang mendapat skor yang tinggi akan mempunyai kelebihan dari segi kos iklan yang rendah (walaupun ianya bukanlah 100% jaminan bahawa skor tinggi akan terus dapat iklan murah) berbanding iklan lain yang mendapat skor rendah.

Apa yang kami lihat, sistem skor ini mirip apa yang telah dilakukan oleh Google AdWords, iaitu Quality Score. Kedua-duanya mempunyai objektif yang sama iaitu untuk memberi keutamaan kepada iklan yang betul-betul relevan (kepada target audiens) sahaja untuk disiarkan.

Dan kami melihat inisiatif seperti ini akan membantu untuk mengurangkan sebanyak mana yang boleh iklan-iklan berbentuk SPAM & ‘pushy’ dan akhirnya mampu memberi ruang yang lebih banyak kepada pengiklan-pengiklan & pemilik-pemilik bisnes sebenar untuk mencapai target audiens mereka di Facebook.

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares