Memperkenalkan Primer, Applikasi Panduan Pemasaran Bisnes Kecil & Startup Percuma Dari Google

Ada masanya usahawan dan pemilik bisnes mempunyai masa yang sangat terhad untuk mempelajari kesemua jenis pemasaran yang boleh membantu memasarkan produk atau servis mereka.

Namun, semua itu boleh diatasi dengan pengenalan applikasi percuma terbaru daripada Google, iaitu Primer:

Google App Primer

Melalui applikasi Primer, anda boleh belajar beberapa cara pemasaran (di Internet) secara percuma melalui tutorial yang sangat mudah difaham & bebas daripada perkataan-perkataan yang asing (baca: jargon) buat para usahawan.

Applikasi ini boleh didapati dalam sistem iOS & Android.

Android:

Link: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.primer

Primer Android

iOS:

Link: https://itunes.apple.com/us/app/primer-marketing-lessons-for/id918628107?ls=1&mt=8

Primer iOS

Review ProspekDigital:

Setakat artikel ini ditulis, Google telah memuatkan 3 panduan percuma di dalam applikasi Primer ini, yakni:

1. Content Marketing (pemasaran kandungan/konten);

2. PR & Media

3. Search Advertising (pemasaran carian)

Dan bagi setiap panduan ini, ia dibahagikan kepada 4 topik, seperti contoh bagi pemasaran Content Marketing topiknya adalah:

i. Why Do Content Marketing?

ii. Getting Ideas for Content

iii. Test Before Investing

iv. Measuring for Success.

Apa yang menarik bagi kami adalah, dalam panduan ini Google akan menunjukkan satu contoh bisnes yang sebenar untuk memberi kaitan yang lebih jelas terhadap panduan yang diberikan.

Contoh di dalam topik pertama dalam pemasaran Content Marketing, Google memberi contoh seorang usahawan yang bernama Esther yang memiliki sebuah pusat kesihatan (baca: gym) yang dipanggil ‘Cardio Cooking’.

esther

Dan juga Google menggunakan konsep penceritaan dari awal bagaimana Esther bercita-cita untuk membesarkan bisnesnya melalui pemasaran content marketing.

Seterusnya, selepas tamat setiap topik, akan ada kuiz untuk menguji pemahaman kita terhadap topik tersebut:

kuiz

Dan selepas tamat menjawab kuiz dengan betul, anda akan diberi pilihan samada untuk mendapatkan emel ‘recap’ mengenai topik tersebut dari Google. Antara kandungan emel yang anda akan terima adalah seperti:

i. 20-second recap – Ulang faham apa yang anda telah belajar sebentar tadi:

20 second recap

ii. 2-minute action – Apa yang anda perlu buat selepas faham topik:

2 minute action

iii. 20-minute action – Panduan untuk membantu anda pergi lebih jauh dalam melaksanakan tindakan daripada topik yang anda baru sahaja belajar:

20 minute action

Secara keseluruhannya, walaupun topik-topik yang dikongsikan adalah lebih sesuai untuk ‘beginner’, namun bagi kami di ProspekDigital, banyak juga perkara-pekara baru yang kami belajar. Sebagai contoh, ‘tweet’ adalah sebahagian daripada komponen Content marketing yang mana melalui Twitter kita boleh jadikannya sebagai salah satu platform untuk memperkenalkan content kita dalam bentuk ‘tweet’ tersebut.

Jadi, applikasi Primer bagi kami sesuai bukan sahaja untuk anda yang baru hendak bermula, malah buat anda yang sudah melakukan pemasaran-pemasaran ini bertahun-tahun lamanya.

Nota i: Disebabkan panduan ini disediakan oleh Google, mana mungkin anda boleh dapat panduan mengenai pesaing mereka, Facebook! 🙂

Nota ii: Untuk panduan FB Ads percuma, walaupun tidak dikongsi Google, kami di ProspekDigital ada kongsikan secara percuma disini:

http://www.prospekdigital.com/2014/11/tutorial-langkah-langkah-melancarkan-iklan-facebook-ads-pertama-anda/

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares