[Tutorial] Langkah-Langkah Melancarkan Iklan Facebook Ads Pertama Anda

Jika sebelum ini kami pernah berkongsi dengan anda langkah demi langkah melancarkan kempen AdWords pertama anda, untuk siri tutorial kali ini kami akan berkongsi dengan anda langkah demi langkah melancarkan iklan Facebook ads pula.

cara melancarkan iklan fb ads

Panduan ini lebih sesuai buat anda yang tidak pernah mempunyai pengalaman menggunakan platform Facebook ads & masih tercari-cari panduan langkah demi langkah yang mudah difahami.

Namun, sebelum kita bermula, izinkan kami untuk berkongsi sedikit sebanyak fakta mengenai Facebook:

1. Jumlah pengguna aktif (secara bulanan) di seluruh dunia adalah sebanyak 1.32 billion;

2. Di Malaysia saja, pengguna Facebook yang aktif adalah berjumlah sebanyak 15 ke 20 juta sebulan;

3. Daripada keseluruhan pengguna aktif Facebook di Malaysia, 34% daripada mereka tinggal di Kuala Lumpur, yakni jumlah paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Angka 15 juta nampak cukup besar untuk pasaran produk atau servis anda, bukan?

Dan yang lebih menarik, anda boleh mencapai pasaran target ini sepantas 15 minit saja dengan Facebook ads!

Dah tak sabar nak belajar? Tanpa membuang masa jom kita mula! 🙂

*Tutorial di bawah dibuat dengan andaian yang anda sudah mempunyai akaun Facebook ads, jadi kami tak akan sentuh proses bagaimana untuk mendaftar akaun Facebook mahupun bagaimana untuk mendaftar akaun Facebook Ads.

Langkah #1 – Klik Butang ‘Create Advert’

Anda boleh akses ke butang ini melalui link dibawah:

https://www.facebook.com/ads/manage/home/

Butangnya terletak di bahagian atas kanan di laman diatas, contoh seperti gambar dibawah:

butang mula iklan fb ads

Langkah #2 – Pilih Objektif Pengiklanan Anda

Sama seperti apa juga kempen pemasaran & pengiklanan, semuanya bermula dengan objektif atau tujuan kenapa anda nak lancarkan sesuatu iklan tersebut.

Anda nak jualan (sale)? Nak dapatkan leads (prospek)? Atau cuma nak tingkatkan jenama produk anda (branding)?

Setiap obektif inilah yang akan menentukan dimana jenis ‘Objective’ yang anda akan pilih dalam langkah ini:

langkah #2 facebook ads

Dalam tutorial ini, kami memilih untuk melakukan promosi untuk salah satu produk percuma yang kami hasilkan di ProspekDigital, iaitu video ‘7 Kesilapan Lazim Dalam SEO‘.

Objektif kami melakukan pengiklanan Facebook ads untuk produk ini adalah untuk mendapatkan seramai yang boleh prospek target di Facebook untuk mendapatkan video percuma ini.

video percuma seo

Link URL: http://www.prospekdigital.com/7-kesilapan-lazim-dalam-seo/

Jadi, objektif yang paling sesuai dengan tujuan kempen kami diatas adalah samada;

1. Send people to your website;

2. Increase conversions on your website;

3. Boost your posts.

Dan untuk meringkaskan tutorial ini (untuk memudahkan pemahaman anda), kami memilih objektif yang pertama yakni ‘Send people to your website’ & setelah memilih objektif ini, anda akan lihat laman seperti dibawah:

pilihan objektif

Langkah #3 – Masukkan Maklumat Yang Diminta

Jadi selepas anda pilih objektif, langkah seterusnya adalah memasukkan maklumat sepeti yang diminta, dan dalam contoh kami, ianya adalah link URL yang akan dilihat oleh prospek setelah mereka klik iklan kami nanti.

Seperti yang kami terangkan sebelum ini, kami memilih untuk membuat promosi untuk produk video percuma SEO dan link URL kami masukkan ke bahagian yang diminta, seperti dibawah:

masukkan link URL

Langkah #4 – Tentukan Target Audiens Anda

Target audiens adalah mereka yang anda mahu iklan anda dilihat. Untuk menentukan target audiens ini, ada beberapa ‘filter’ asas yang anda boleh guna seperti:

1. Lokasi prospek;

2. Umur;

3. Jantina;

4. Bahasa;

Anda boleh tentukan ‘filter’ seperti dalam imej dibawah:

asas target audiens

Contoh dalam kes kami, audiens target kami mengikut ‘filter’ diatas adalah:

Screen Shot 2014-11-27 at 10.16.00 PM

Dan jika anda perasan, di bahagian kiri skrin anda ada ditunjukkan berapa ramai target audiens mengikut filter yang anda masukkan sebentar tadi, seperti contoh bagi target audiens kami, jumlah prospek yang berpotensi untuk lihat iklan kami adalah seramai 9,600,000 (9.6 juta) orang!

audience insights

Tip: Filter asas diatas adalah terlalu ‘broad’ (besar) & tak semestinya kesemua mereka yang sejumlah 9.6 juta ini mempunyai minat terhadap produk yang anda iklankan. Pada masa yang sama anda perlu keluarkan bajet yang lebih besar untuk capai target audiens seramai ini.

Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mengecilkan lagi skop pasaran target dengan menggunakan ‘filter’ tambahan yang seterusnya seperti dibawah:

advance targeting

Secara ringkas:

1. Interest:

Bagi opsyen targeting ‘advance’ ini, ia adalah kumpulan prospek berdasarkan minat mereka seperti contoh Facebook page apa yang mereka ‘like’, aktiviti mereka serta topik-topik yang relevan dengan prospek pilihan anda. Sebagai contoh dalam kes kami, kami pilih prospek yang mempunyai ‘interest’ terhadap ‘marketing’ (klik butang ‘tambah’ untuk pilih):

tambah audiens

2. Behaviours:

Berdasarkan pengalaman kami, opsyen kedua ini boleh jadi opsyen pilihan. Ini kerana kebanyakan data ‘behaviour’ ini adalah berdasarkan pengguna Facebook di US sahaja. Jadi untuk kes kami, kami akan biarkan sahaja opsyen ini tanpa sebarang tambahan ‘filter’.

3. Connections:

Opsyen ketiga ini lebih sesuai jika anda sudah mempunyai Facebook page sendiri. Opsyen ini memberi pilihan untuk anda:

i. Target prospek yang sudah menjadi fans di Facebook page anda;
ii. Elakkan iklan anda dari dilihat oleh prospek yang sudah menjadi fans Facebook page anda;
iii. Rakan-rakan kepada fans Facebook page anda.

Contoh ini, kami pilih untuk mengelakkan iklan kami dari disiarkan kepada fans salah satu Facebook page kami seperti dibawah:

Screen Shot 2014-11-27 at 10.58.09 PM

Langkah #5 – Tentukan Bajet & Jadual Iklan Anda

Setelah puas hati dengan target audiens yang anda telah tetapkan dalam langkah sebelum ini, seterusnya adalah menentukan bajet iklan anda.

tentukan bajet fb ads

Anda boleh pilih bajet harian (daily) atau ‘lifetime’. Mana satu pilihan bajet, semuanya bergantung kepada anda.

Pilih bajet harian seandainya anda masih belum buat keputusan berapa banyak bajet iklan yang anda mahu belanjakan & hanya mahu melakukan ‘testing’ terlebih dahulu.

Bajet lifetime lebih sesuai untuk anda yang sudah ada nilai berapa yang anda mahu laburkan untuk kempen pengiklanan ini.

Seterusnya tentukan jadual (schedule) iklan anda. Jika anda memilih daily budget, anda mempunyai pilihan samada boleh membiarkan iklan anda disiarkan tanpa tarikh tamat (end date) atau tidak. Namun jika anda pilih lifetime, anda wajib untuk tentukan ‘end date’ iklan anda.

Dalam contoh ini, kami pilih untuk menggunakan daily budget dengan jumlah sebanyak RM15 tanpa sebarang tarikh tamat iklan.

Langkah #6 – Pilih Imej Iklan Anda

Salah satu perkara yang menarik mengenai Facebook ads adalah anda boleh menggunakan imej sebagai faktor ‘penarik’ terhadap iklan yang anda siarkan.

Juga amat penting untuk anda tahu bahawa pemilihan imej ini sangat-sangat penting dan ia boleh menjadi sebab utama iklan anda mampu mendapat respon yang baik atau sebaliknya.

Kami takkan sentuh dengan mendalam bagaimana untuk memilih imej yang betul (simpan untuk artikel yang seterusnya), namun ada beberapa tip berdasarkan pengalaman kami sendiri:

1. Elakkan imej yang mempunyai terlalu banyak ruang kosong (blank space);

2. Jangan masukkan terlalu banyak teks di dalam imej (teks boleh diletakkan di dalam bahagian ‘Text’ iklan;

3. Gunakan imej-imej yang menunjukkan nilai-nilai positif (wajah tersenyum, bayi)

4. Pastikan imej adalah hakmilik anda & bukannya diambil dari mana-mana sumber ‘copyright’.

5. Pastikan imej anda relevan dengan iklan anda (yang ini paling penting!)

Jadi, setelah mengikut tip diatas, anda boleh tentukan imej seterusnya memuat naik ke bahagian dibawah:

upload imej

Dan dalam contoh kami, kami memilih imej seperti dibawah:

Screen Shot 2014-11-27 at 11.25.31 PM

Tip: Tak ada sumber untuk imej iklan anda? Boleh manfaatkan sumber percuma di Pixabay.com:

http://pixabay.com/

Imej di Pixabay.com adalah percuma & anda boleh gunakannya untuk tujuan komersial (seperti contoh dalam iklan Facebook ads ini). Imej yang kami gunakan dalam tutorial ini juga kebanyakannya datang dari Pixabay.com. 🙂

Langkah #7 – Tulis Iklan Anda

Imej dah pilih, jadi langkah seterusnya adalah menulis iklan. Dalam iklan ini, anda akan diberikan dua bahagian wajib untuk anda masukkan dalam iklan anda, iaitu tajuk (Headline) & penerangan iklan (Text):

tulis iklan fb ads

Apa yang anda perlu tahu adalah bagi kedua-dua bahagian ini ada ‘character limit’ yang telah ditetapkan Facebook. Jumlah karakter maksimum bagi headline adalah 25 (sama seperti headline di AdWords) & text adalah 90.

Jadi disinilah anda perlu gunakan ‘jus kreatif’ anda sebanyak yang boleh untuk menulis iklan yang betul-betul mampu menarik perhatian audiens target anda sekaligus klik iklan anda.

Dan ini adalah contoh iklan kami:

iklan pd

Setelah iklan ditulis, anda boleh melihat ‘preview’ dibahagian kanan seperti dibawah:

Screen Shot 2014-11-27 at 11.40.27 PM

Juga di bahagian kanan ini anda boleh pilih samada untuk siarkan iklan di:

1. Desktop news feed;

2. Mobile news feed;

3. Right column (belah kanan Facebook);

4. Partner Mobile Apps.

Terpulang kepada anda samada untuk siarkan iklan di kesemua pilihan diatas ataupun salah satu sahaja. Untuk iklan ini kami pilih ianya disiarkan di desktop news feed dan mobile newsfeed sahaja. Jadi kami klik ‘Remove’ kepada opsyen Right column & Partner mobile apps:

Screen Shot 2014-11-27 at 11.44.35 PM

Langkah #8 – Klik Butang Order & Tunggu Hingga Iklan Anda Di-Review & Siap!

Langkah terakhir adalah klik butang hijau sepeti contoh dibawah:

Screen Shot 2014-11-27 at 11.48.02 PM

Dan siap! Anda akan melihat popup seperti ini dan klik Continue:

Screen Shot 2014-11-27 at 11.49.34 PM

Langkah seterusnya adalah tunggu sehingga iklan anda mendapat ‘approval’ daripada Facebook. Setelah di-approve, Facebook akan mula menyiarkan iklan kepada target prospek yang telah anda tetapkan dalam langkah #4 sebelum ini.

Dan pada kebiasaanya ia akan mengambil masa sehingga beberapa jam untuk anda mula melihat statistik iklan anda.

Selamat mencuba & jika ada sebarang soalan, nyatakan saja di dalam bahagian komen dibawah. 🙂

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. nor zaini says

    Boleh tak klu kita nk edit iklan yg dh kt post?kalau blh, mcm mana caranya

    • Zulhilmi Zainudin says

      Jika iklan itu adalah Post di fanpage, boleh edit. Pergi ke post tersebut di fanpage dan edit di sana.

  2. Salam, saya juga memilih untuk promote ke website dan selepas set schedule (saya set untuk 2 hari), ada option untuk “optimize for” dan “pricing”. Option manakah yang harus saya pilih? Pertama kali buat ads ni, banyak juga kecelaruannya. TQ

  3. terbaik tuan..terima kasih banyak-banyak dengan tutorial ni..
    memang tengah cari cara buat fb ads ni.. 🙂

  4. saya baru nk belajar fb ads mcm mn ya? tuan ada kelas

  5. Saya dah buat semua steps dan iklan sy telah diapprove. Tapi tak berjalan sbb baki duit sy kosong. Sy first time nak buat iklan mcm mana nak masukkan duit? Sy nak guna online transfer tapi takda pun dia minta butir bank sy semua?

  6. Mohd Suffian Sulaiman says

    As slm tuan..sy dah lancarkan page sy..akan tetapi tiada mendapat maklumbalas dari pengguna facebook yg comment page sy..mcmane cara mengatasi?

  7. Adakah create ads dan create page dua benda yang berbeza?

  8. kalau kita letak budget kita contoh RM6 sehari bersamaan 100 impresion, maka adakah kita hanya keluarkan RM6 untuk 100 impresion atau kita kena bayar RM6 untuk setiap 100 impresion (RM6 × 100)?

Speak Your Mind

*

Shares