Google Memperkenalkan Label Khas Untuk Web & Blog Mobile Friendly – Adakah Web & Blog Anda Menerimanya?

google mobile friendly site

Pada hari semalam, Google secara rasminya telah menambah satu lagi fungsi baru di halaman keputusan carian mereka dikenali sebagai Mobile-Friendly Label.

Melalui kemaskini terbaru ini, pengguna Google di peranti mudah alih (smartphone & tablet) akan mula melihat label ‘Mobile-friendly’ apabila mereka membuat carian.



Menurut Google, fungsi terbaru ini masih di peringkat awal dan mereka masih bereksperimen dengan fungsi ini. Melalui ujian yang kami lakukan, laman Prospek Digital dan Bina Blog Dot Com Sendiri sudah menerima kemaskini ini.

Uji Cuba Web & Blog Anda Sekarang

Bersama-sama dengan pengenalan ini juga, Google memperkenalkan sebuah alat khas untuk menyemak sama ada web & blog anda memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh mereka untuk mendapat label ‘Mobile-friendly’ itu.

Anda boleh menyemak web dan blog anda di sini.

Apa Maksudnya Ini Semua Pada SEO Web & Blog Anda?

Seperti yang kita sedang lihat, Google kini aktif bereksperimen dengan pelbagai perkara untuk menggembirakan pengguna servis mereka.

Dengan pengenalan label khas ini, ia sekaligus membantu pengguna mengetahui sesuatu laman itu mesra peranti mudah alih ataupun tidak.

Daripada segi SEO pula, saya melihat pengenalan label khas ini adalah sebagai ‘teaser’ awal daripada Google di mana status mobile-friendly sesebuah web dan blog akan mula digunakan sebagai salah satu daripada algorithm rahsia mereka untuk memberikan ranking kepada sesebuah web dan blog.

Sebagai pemilik web dan blog, kita harus peka dengan isyarat awal Google ini dan menyiapkan web & blog kita agar memenuhi kehendak mereka.

Anda Guna WordPress?

Berita baik bagi anda yang menggunakan WordPress, Google memperkenalkan satu panduan khas untuk anda di sini. Melalui panduan ini, anda boleh belajar beberapa perkara untuk mempersiapkan web dan blog anda menjadi ‘mobile-friendly site’.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk membaca panduan itu sehingga habis, sila tonton tutorial yang telah saya siapkan di sini untuk mengetahui cara mudah menukar laman WordPress anda menjadi ‘mobile-friendly’. Ianya dalam bentuk video.

Kredit foto: Freepik.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares