Pinterest Memperkenalkan Fungsi Message – Komunikasi Kini Lebih Mudah

pinterest-memperkenalkan-fungsi-messaging

Seperti yang kita tahu, Pinterest adalah sebuah laman sosial berkonsepkan perkongsian gambar. Mengikut statistik, sudah terdapat 30 bilion gambar (dikenali dengan terma Pins) sudah dikongsi di Pinterest.

Golongan wanita adalah segmen pelawat paling dominan bagi Pinterest. Tidak mustahil jika kita melihat banyak produk wanita seperti pakaian, beg tangan, rantai dan sebagainya di halaman utama Pinterest. Ia umpama ‘Ebay versi gambar sahaja’.

Baru-baru ini, Pinterest mengumumkan fungsi baru pada versi web & aplikasi mudah alih mereka – Pinterest Message. Melalui fungsi ini, pengguna boleh berkomunikasi dengan lebih mudah sama seperti menggunakan Facebook Messenger.

Jika kini anda menggunakan Instagram untuk memasarkan produk anda, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menggunakan Pinterest untuk memperhebatkan lagi kempen-kempen pemasaran anda.

Dalam sudut SEO, Pinterest juga adalah laman berautoriti tinggi untuk dijadikan tapak ‘link-building’ yang baik. Anda boleh membina ‘image type backlink’ dengan mudah di sini disamping mempromosikan produk anda.

Sambil menyelam, minum air. Dapat prospek, dapat organic reach. 😉

Jika anda mahu belajar cara menghantar mesej pada Pinterest versi web, rujuk video di bawah ini:

Atau, jika anda menggunakan aplikasi mudah alih Pinterest dan mahu menghantar mesej, rujuk video ini:

Pada pendapat kami, pengenalan feature baru ini bersama-sama feature Pinterest Analytics baru-baru ini adalah satu berita yang cukup bagus bagi pemilik bisnes & pemasar internet. Pemasaran Pinterest kini menjadi lebih seronok!

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares