5 Kemaskini AdWords Terkini Yang Anda Perlu Tahu

Pemasaran digital (ataupun pemasaran Internet) adalah saluran yang berubah dalam masa yang sangat singkat.

Apa yang baru hari ini, akan jadi ‘lapuk’ 3 bulan dari sekarang.

Samada AdWords, Bing Ads, Facebook Ads, Twitter Ads mahupun apa sahaja platform pengiklanan digital, mereka ini tidak terlepas daripada kemaskini yang beterusan setiap saat & setiap detik.

Dan hari ini, kami akan berkongsi dengan anda beberapa kemaskini terbaru AdWords & apa manfaat (serta kesannya) kepada kempen iklan anda.

lima kemaskini adwords anda perlu tahu

Kemaskini #1 –  Pengenalan Dynamic Sitelinks

Sitelinks adalah komponen iklan teks tambahan di dalam iklan AdWords anda di Google search. Contoh sitelinks adalah seperti berikut:
contoh sitelinks adwords

Dan pada 24 Julai yang lepas, Google telah melancarkan Dynamic Sitelinks dimana sitelinks akan dipaparkan secara automatik bersama dengan iklan anda.

Google akan memaparkan Dynamic Sitelinks berdasarkan ‘page’ yang relevan di laman web anda kepada carian yang dibuat prospek.

Apa yang lebih penting, klik kepada sitelinks ini adalah percuma.

Contoh Dynamic Sitelinks:

contoh dynamic sitelinks adwords

Manfaat kepada anda:

1. Iklan anda akan mendapat tambahan sitelinks secara percuma (melainkan anda telah menambah sitelinks secara manual);

2. Iklan anda akan mendapat ruang yang lebih besar (sitelinks akan ‘membersarkan’ saiz iklan anda di keputusan carian Google).

Kemaskini #2 – Perubahan Dari “Search and Display Networks” Kepada “Search Network with Display Select”

Jika sebelum ini AdWords mempunyai pilihan kempen ‘Search and Display Networks’ dimana iklan anda akan disiarkan di kedua-dua Search network & Display network, kini pilihan tersebut sudah digantikan dengan ‘Search Network with Display Select’ seperti dibawah:

search network with display select

Pilihan kempen ini telah dilaksanakan secara rasmi pada 16 September yang lepas.

Apa manfaat anda dari kemaskini ini?

Secara peribadi kami berpendapat kempen ini bukanlah yang terbaik untuk anda guna (berdasarkan pengalaman kami menguruskan kempen AdWords).

Apa yang kami dapat katakan adalah, pilihan kempen ini lebih sesuai untuk anda yang tidak mempunyai banyak masa untuk menguruskan kempen AdWords, namun pada masa yang sama mahu iklan anda disiarkan di kedua-dua network (Search & Display).

Melalui pilihan kempen ini, Google akan menggunakan senarai katakunci yang anda guna untuk target di Search network untuk digunakan di Display network.

Contoh jika salah satu katakunci yang anda guna adalah ‘baju bayi online’ untuk Search network, maka Google akan mencari mana-mana laman web yang mempunyai perkataan ‘baju bayi online’ untuk menyiarkan iklan anda.

Kemaskini #3 – Pelaksanaan Wajib ‘Close Variants Match’

Jika anda menggunakan kempen di Search network (All features), terdapat satu ‘Advanced setting’ yang dipanggil ‘Keyword matching options’ seperti dibawah:

close variants
Melalui pilihan setting ini, anda boleh memilih samada untuk memarkan iklan anda terhadap carian salah eja (contoh ‘bjau bayi’ untuk katakunci ‘baju bayi’) ataupun carian ‘plural’ (contoh ‘cat foods’ untuk katakunci ‘cat food’).

Fungsi ini sangat berguna kepada mereka yang betul-betul mementingkan aspek carian yang bagaimana yang dibuat oleh prospek untuk membuatkan iklan mereka disiarkan.

Contoh jika mereka memilih opsyen ‘Do not inculde close variants’, maka iklan mereka tidak akan disiarkan langsung andainya prospek tersalah eja semasa membuat carian di Google.

Dan menurut Google, golongan yang sering tersalah eja ini adalah sebanyak 7% daripada jumlah carian yang dibuat di Google (jika jumlah carian sebanyak 1 billion, maka sebanyalk 70 juta carian adalah yang tersalah ejaan!).

Bermakna disini, jika anda memilih opsyen ‘Do not include close variants’ anda sudah terlepas golongan prospek yang seramai 70 juta ini.

Maka sebab itulah pada akhir bulan September ini, Google akan menamatkan pilihan ini & secara rasmi ‘mewajibkan’ setiap pengiklan untuk menggunakan opsyen ‘close variants’ ini.

Apa manfaat untuk anda?

Sebenarnya, opsyen ‘close variants’ ini sebenarnya secara ‘default’ sudah dipilih Google untuk kempen Search network yang baru dilancarkan. Jadi jika anda mungkin tidak perasan pilihan ini sebenarnya sudah dimasukkan dalam kempen anda secara ‘default’.

Namun bagi mereka yang teliti & mahukan 100% ‘control’ terhadap kempen AdWords mereka, berita ini akan sedikit sebanyak mengecewakan mereka (sama seperti apabila Google mewajibkan iklan disiarkan di platform mobile suatu masa dulu).

Dari segi positif, kemaskini ini akan memberi peluang kepada anda untuk mencapai prospek yang seramai 7% ini, yang mana mereka mungkin akan jadi salah seorang pelanggan anda di masa akan datang.

Kemaskini #4 – Pengenalan Callout Extensions

Di dalam iklan AdWords, fungsi ‘ad extensions’ adalah untuk memberi peluang kepada anda untuk menambah lebih banyak informasi tambahan terhadap iklan anda.

Contoh ‘ad extensions’ sedia ada yang anda boleh gunakan adalah:

1. Sitelinks extensions:

contoh sitelinks adwords

2. Location extensions:

location extensions

3. Call extensions:

call extension

4. Review extensions:

review extensions

5. App extensions (khas untuk platform ‘mobile’):

app extension

Dan pada 3 September lepas, Google telah memperkenalkan extension terbaru yang keenam, iaitu ‘Callout extensions’.

Secara ringkas, Callout extensions ini adalah tambahan kepada iklan teks sedia ada dimana anda boleh menggunakan extension ini untuk ‘call out’ sebarang perkara istimewa mengenai produk atau servis anda, sebagai contoh ‘free shipping’, ‘open 24/7’, dan lain-lain.

Callout extensions ini akan diletakkan betul-betul dibawah iklan teks AdWords anda, seperti contoh dibawah:

callout extension preview

Apa manfaat untuk anda?

Bagi kami, jika sebelum ini anda mempunyai masalah untuk memasukkan beberapa perkara istimewa terhadap produk/servis anda di dalam iklan AdWords (disebabkan oleh ‘character limitation’), ini adalah peluangnya.

Melalui extension ini, anda tambah lebih banyak USP (unique selling point) di dalam iklan sedia ada anda.

Dan disebabkan extension ini sudah menjadi salah satu faktor di dalam Ad Rank, bagi kami extension ini perlu menjadi salah satu perkara wajib digunakan semasa anda melancarkan kempen AdWords anda.

Kemaskini #5 – Penamatan YouTube Keyword Tool

Kemaskini terakhir ini walaupun tidak berkait terus dengan AdWords, namun AdWords menjadi platform alternatif kepada penamatan YouTube keyword tool ini.

Secara rasminya, pada 1 September lepas, YouTube keyword tool ini sudah ditamatkan oleh Google, dan digantikan dengan AdWords Display Planner.

Dan jika anda ke laman tersebut, apa yang anda akan lihat adalah notifikasi 404 error:

https://www.youtube.com/keyword_tool

youtube tool 404

Buat pengetahuan anda, AdWords display planner memang sudah ada sejak beberapa bulan yang lepas, dan apa yang berlaku adalah YouTube keyword tool ini akan diintegrasikan ke dalam display planner ini.

Dan untuk mengakses kepada ‘YouTube keyword tool’  di dalam “AdWords display planner’, anda perlukan sedikit ‘tweaking’ kepada opsyen sedia ada dimana anda perlu memilih ‘video’ sahaja di dalam opsyen ‘Filters’:

display planner youtube

Apa manfaat untuk anda?

Kemaskini ini lebih berguna jika anda sedang menggunakan AdWords untuk video ads (iklan video di YouTube & Google Display Network).

YouTube keyword tool ini sangat berguna untuk mendapatkan jumlah carian yang dibuat di YouTube search box, dimana melalui katakunci carian itu anda boleh gunakan untuk siarkan iklan video anda di keputusan carian video (sama seperti keputusan carian Google).

Contoh anda boleh siarkan iklan video anda di keputusan carian YouTube seperti contoh dibawah:

contoh iklan video youtube

Dari percubaan kami menggunakan Display Planner untuk mendapatkan katakunci di YouTube, hasilnya agak mengecewakan.

Boleh jadi Google masih lagi dalam ‘fasa pemindahan’ semasa artikel ini ditulis, jadi kami tidak boleh memberikan konklusi yang tepat terhadap kemaskini ini.

Apa yang kami dapat katakan, sekarang anda sudah tak perlu menggunakan dua tool (YouTube keyword tool & AdWords) untuk mendapatkan katakunci untuk ditarget dalam kempen video ads di YouTube.

Sekarang anda hanya perlu guna satu tool sahaja, yakni AdWords Display Planner.

———-

Jadi, ini sedikit sebanyak kemaskini dari AdWords yang anda perlu tahu, serta bagaimana untuk memanfaatkan setiap kemaskini ini.

Dan jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan salah satu kemaskini ini, ajukan saja di ruangan komen dibawah. InsyaAllah kami akan cuba balas persoalan anda.

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares