Selamat Tinggal, Authorship

Google, melalui Webmaster Trend Analyst mereka, John Mueller telah mengumumkan bahawa mereka secara rasmi menamatkan penggunaan authorship di laman keputusan carian (SERP – Search Engine Results Page) mereka.

Dan jika anda membuat semakan di Google sekarang, sememangnya imej foto (yang telah ditamatkan pada hujung bulan Jun yang lepas) serta nama penulis dibawah tajuk kandungan sudah dikeluarkan:

Sebelum:

authorship - sebelum

Selepas:

authorship - selepas

Dan menurut John Mueller, antara sebab utama Google menamatkan ‘eksperimen 3 tahun’ ini adalah kerana ianya tidak memberi sebarang manfaat kepada pengguna mereka serta boleh menyebabkan pengguna mereka terganggu dari tujual asal membuat carian.

Beliau juga menafikan bahawa langkah ini adalah untuk meningkatkan klik terhadap iklan berbayar AdWords, serta jumlah traffik ke laman web tidak akan terjejas dengan penamatan authorship ini.

Namun, Google masih lagi mengekalkan elemen sosial di dalam keputusan carian mereka, dan anda masih lagi boleh melihat imej rakan Google + anda di keputusan carian Google.

Dan buat authorship, selamat tinggal!

Kredit imej: Flickr

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares