Pinterest Kemaskini Platform Analytics Mereka & Buka Akses Kepada Umum

Di dalam pemasaran digital, satu perkara wajib yang tidak boleh diabaikan adalah maklumat atau data mengenali audiens/prospek anda.

Data-data ini boleh didapati samada daripada pemilik platform/saluran pemasaran yang anda sedang gunakan (Google, Facebook, Twitter, Pinterest) mahupun daripada penyedia pihak ketiga (KISSMetrics, Piwik, Adobe Analytics, dan lain-lain).

Google mempunyai Google Analytics serta Google Webmaster Tool.

Manakala Facebook mempunyai Page Insights serta Audience Insights mereka tersendiri.

Malah Twitter juga baru saja melancarkan Twitter Analytics mereka sendiri pada bulan Julai yang lepas.

Pinterest, salah satu laman web media sosial yang sedang meningkat naik, juga tidak mahu ketinggalan di dalam menyediakan platform analytics kepada pengguna mereka, lebih-lebih lagi kepada pengguna bisnes dimana golongan ini yang akan menjadi penyumbang pendapatan kepada Pinterest di masa akan datang.

Jadi, beberapa hari yang lepas, Pinterest telah mengumumkan penambahbaikan kepada platform analytics mereka serta akses kini dibuka kepada umum (dengan syarat anda perlu menggunakan akaun bisnes – akaun peribadi boleh ditukar kepada akaun bisnes).

pinterest analytics

Seperti platform analytics yang lain, Pinterest Analytics memberi fokus kepada dua jenis maklumat, iaitu:

1. Maklumat mengenai profil akaun Pinterest anda (contoh impressions, clicks, repins, serta likes);

2. Maklumat mengenai audiens/prospek di akaun Pinterest anda (contoh data demografik seperti jantina, lokasi, bahasa & lain-lain).

Akses disini: https://analytics.pinterest.com/

Bagi kami di ProspekDigital, ini adalah satu lagi alatan yang mampu memberikan maklumat-maklumat yang sangat berguna dalam proses untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai prospek bisnes kita.

Ini kerana semakin banyak data atau maklumat yang anda, semakin mudah untuk kita melakukan ‘targeting’ di dalam melakukan sebarang aktiviti pemasaran produk.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares