Instagram Memperlihatkan Panel Khas Buat Para Pengiklan – Iklan Akan Hadir Tidak Lama Lagi?

iklan-instagram

Seperti yang telah kita sedia maklum, Instagram telah mengumumkan beberapa bulan lepas yang mana mereka akan mula membenarkan pemilik bisnes untuk mengiklankan jenama mereka di perkhidmatan tersebut tidak lama lagi.

Perkara itu nampaknya sudah semakin hampir menjadi realiti apabila Instagram mengumumkan Insight Dashboard untuk jenama-jenama besar yang terpilih menjadi pengguna terawal perkhidmatan pengiklanan itu beberapa hari lepas.

cara-letak-iklan-di-instagram

Tujuan panel ini diadakan oleh Instagram adalah bagi membantu jenama-jenama di perkhidmatan itu untuk melihat prestasi setiap pos, capaian berbayar (paid reach), capaian organik (organic reach), jumlah komen dan like yang diterima pada setiap pos yang dihantar.

cara-beriklan-di-instagram

3 bahagian penting pada panel tersebut adalah:

  1. Account insights – setiap jenama boleh melihat kadar impression, capaian (reach) dan engagement bagi setiap kempen yang diadakan.
  2. Ad insights – pemilik bisnes boleh melihat prestasi iklan berbayar seperti impressions, capaian (reach) dan frekuensi (kekerapan) bagi setiap iklan yang disasarkan kepada kumpulan sasar.
  3. Ad staging – pengiklan juga boleh melihat preview, menyimpan dan bekerjasama untuk menghasilkan kandungan-kandungan (gambar) baru untuk kempen-kempen mereka yang akan datang.

Dalam pada masa yang sama, Instagram juga mengatakan bahawa panel ini akan memperlihatkan data masa nyata (real-time) di mana melaluinya, pengiklan boleh melihat secara langsung sambutan yang diterima pada setiap iklan yang dibuat sekaligus boleh mengetahui bilakah masa paling aktif pengguna yang mereka sasarkan.

Buat masa sekarang, Instagram hanya membuka peluang pengiklanan pada jenama-jenama tertentu sahaja. Mereka masih dalam proses untuk menyiapkan platform pengiklanan itu bagi semua bisnes dan ia akan hadir tidak lama lagi.

Adakah anda teruja untuk mengiklankan produk anda di Instagram? Kongsikan di dalam ruangan komen di bawah bersama kami.

Minat Nak Belajar Instagram Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Instagram secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares