Google Domains Beta Dilancarkan – Anda Boleh Membeli Nama Domain Daripada Google Tidak Lama Lagi

Bagi anda yang bercadang mahu membina laman web atau blog bagi perniagaan, nama domain adalah antara keperluan asas yang perlu anda miliki.

Contoh nama domain popular adalah seperti:

  • .com
  • .net
  • .biz
  • .org
  • .info
  • .com.my
  • .my
  • dan pelbagai lagi

Tanpa nama domain, laman web kita tidak boleh dipasarkan. Ia umpama rumah tanpa alamat. Hanya dengan nama domain, kita boleh memasarkan laman web dan blog kita dengan mudah.

Google kini melancarkan sebuah lagi produk bagi membantu pemilik bisnes mendapatkan nama domain terus melalui mereka melalui Google Domains. Ia kini dalam fasa beta di mana hanya boleh diuji oleh pengguna di US.

Daripada percubaan kami sendiri (rujuk screenshot di bawah), antaramuka Google Domains ini nampak ringkas dan mudah untuk digunakan dan tidak terlalu kompleks dengan tawaran ‘up-sell’ dan promosi ‘add-ons’ yang ditawarkan oleh domain registrar lain.

google-domains-beta

Jadi, adakah penyertaan Google sebagai salah satu domain registrar ini akan memberi kesan dan mampu menawarkan sesuatu yang lebih kepada kita kelak? Kita tunggu dan lihat.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares