Website Selalu Kena Penalti Google? Nasihat Dari Google Ini Mungkin Meresahkan Anda

Google, sejak mula diasaskan pada tahun 1998, tidak pernah lekang dengan perubahan.

Saban hari, saban tahun, akan ada saja kemaskini yang terkini yang dibuat terhadap algoritma keputusan carian mereka.

google dulu dulu

Dan setiap kali kemaskini dibuat, ianya tidak lain & tidak bukan adalah untuk memberikan keputusan carian yang lebih baik kepada pengguna mereka (walaupun dalam beberapa perkara ianya lebih bersifat kontroversi dimana untuk kepentingan poket Google sendiri).

Maka, setiap kali kemaskini algoritma dibuat, akan ada laman web yang akan menjadi mangsa, samada secara langsung mahupun tidak.

Tidak kiralah kemaskini itu adalah Penguin, Panda, mahupun Hummingbird, akan ada saja mangsa-mangsa – tak kira darjat mahupun pangkat (sedang syarikat besar pun tak terlepas daripada menjadi mangsa kemaskini ini – contohnya eBay).

Jika syarikat besar pun tak terlepas dengan hukuman ini (dalam bahasa SEO kita panggil sebagai ‘penalti’), apa lagi orang persendirian & bisnes kecil seperti kita.

Dan anda mungkin salah seorang daripada ‘mangsa’ penalti Google tersebut.

Klasifikasi penalti Google boleh dibahagi kepada dua, iaitu:

1. Penalti disebabkan kemaskini algortima (Penguin, Panda, dan lain-lain);

2. Penalti secara manual yang disebabkan oleh ‘bad SEO practices’ (baca: SPAM).

spam google

Sudah banyak kali cara yang anda cuba untuk mengembalikan laman web anda daripada kejatuhan ranking (atau lebih teruk, hilang dari indeks Google) , namun masih tidak berhasil.

Sudah banyak kali anda beli ebook mengenai SEO, hadir ke bengkel SEO, dan juga belajar secara personal coaching dengan pakar-pakar SEO diluar sana,

. . . namun hasilnya masih lagi mengecewakan.

Anda mungkin sudah sampai satu tahap untuk terus ‘give up’ & fokus kepada saluran yang lain seperti AdWords atau Facebook Ads.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat satu lagi penyelesaian yang boleh anda lakukan?

Dan nasihat ini datangnya sendiri daripada orang kuat di Google?

Apa nasihat tersebut?

Apabila diajukan soalan kenapa laman web beliau masih tidak mendapat ranking yang tinggi di Google (walaupun sudah diindeks), setelah melihat laman web tersebut & membuat sedikit ‘background research’, ini jawapan yang diberikan oleh  Analyst di Webmaster Trend, John Mueller:

There are a few things I’d recommend in your case:

– Significantly reduce the number of similar sites that you’re running. It’s much easier to work properly when you don’t have to dilute your efforts, and it’s a lot easier for search engines to evaluate your content if you don’t spread it thin across multiple websites.

– It looks like there are serious webspam issues involved with your website. For example, if you created unnatural links to your site, that could be seen as a webspam problem. In this particular case, this is making it very hard to trust anything about your website at all.

Sometimes, when the issues are severe enough, and when you’re certain that you’ve learned how to do it correctly, it may make sense to delete all of these old sites, and to just create a single new one. I know it’s never easy to make such a decision, but especially if you’re sure that you’ll be able to avoid all of the issues leading up to the problems with the current site (eg no unnatural links!), and if you have fantastic content, then it can be worth reviewing.

Jika anda perhatikan pada perenggan terakhir, John Mueller menyatakan:

Sometimes, when the issues are severe enough, and when you’re certain that you’ve learned how to do it correctly, it may make sense to delete all of these old sites, and to just create a single new one.

Ayat diatas ini telah memberi satu gambaran bahawa jika laman web anda sudah dikenakan penalti oleh Google & ianya sudah tiada harapan untuk ‘recover’, cara yang terbaik adalah untuk tutup semua laman web tersebut & bina yang baru.

Dan apabila anda membina laman web yang baru, pastikan ianya sudah betul-betul mengikuti ‘best practices’ yang diberikan oleh Google & paling utama, tidak melakukan aktiviti SPAMMING lagi.

Ya, mungkin jawapan diatas akan meresahkan anda, namun, jika itu penyelesaian yang terbaik, mengapa tidak?

P.S: Bersama artikel ini, kami kongsikan dengan anda quote daripada John Mueller ini, dan lepas ni kalau ada rakan-rakan anda yang menjadi mangsa penalti Google, kongsikan quote ini dengan mereka:

john mueller penalti

Kredit imej: Flickr & Flickr

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares