Jika Anda Sedang Melakukan SEO Untuk Website Anda, Anda Tidak Perlu Risau Tentang 3 Perkara Ini

risau-seo

Sejak kebelakangan ini, ramai pemain SEO menyuarakan kerisauan mereka selepas beberapa siri algoritma yang dilepaskan oleh Google seperti Panda Algorithm, Penguin Algorithm, Hummingbird AlgorithmPayday Loan Algorithm dan lain-lain.

Tidak dinafikan bahawa setiap algoritma ada membawa kesan kepada beberapa laman web dan kedudukan mereka di Google ada yang jatuh begitu mendadak. Terbaru pada algoritma Panda 4.0, laman web Ebay terjejas teruk selepas Google melepaskannya secara rasmi.

Walaupun Google secara konsisten menambah baik algoritma mereka supaya para pengguna mereka gembira dan berpuas hati dengan keputusan carian yang dibuat, anda sebagai usahawan dan pemain SEO tidak perlu risau akan hal ini.

3 Perkara Dalam SEO Yang Tidak Perlu Anda Risau (Sangat)

#1 – Tidak Perlu Risau Jika Tidak Berada Di Kedudukan Pertama Google (First Ranking)

Matlamat utama aktiviti SEO adalah PEMASARAN. Apa yang kita perlu jelas di sini adalah, selagi mana laman web kita terpampang di muka carian Google untuk kata kunci ‘berduit’ yang kita sasarkan, kita masih menerima limpahan trafik dari Google.

Kedudukan (ranking) 1, 2, 3 itu tidak penting. Ianya jatuh dan naik. Dalam dunia SEO, kita panggil sebagai ‘Google Dance‘.

Berdasarkan kajian beberapa orang pemain SEO, kedudukan laman web di posisi ke-3, ke-4 dan ke-5 mempunyai Conversion Rate yang lebih baik berbanding laman web pertama dan kedua.

Jadi, tak perlu risau jika laman web kita tidak mendapat ‘first ranking’. Mendapat kedudukan di ‘first page’ untuk 100 kata kunci adalah jauh lebih baik daripada hanya mendapat ‘first ranking’ untuk 1 kata kunci sahaja.

Fokus pada:

  • Kajian kata kunci
  • Kandungan yang dicari-cari pembaca/prospek
  • Long tail keyword (LTK) – kata kunci lebih dari 3 patah perkataan – kajian menunjukkan bahawa LTK membawa Conversion Rate yang jauh lebih baik berbanding kata kunci pendek yang terlalu umum.

#2 – Tidak Perlu Risau Jika Artikel Anda Tidak Menerima Pembaca Yang Ramai

Jumlah pembaca bukan metrik yang menentukan kedudukan laman web kita di Google. TETAPI, aktiviti SETIAP pembaca yang menentukan.

1000 orang pembaca yang masuk membaca artikel ‘panas’ yang panjangnya 100 patah perkataan dan keluar daripada laman web kita dalam tempoh kurang 15 saat selepas mereka sampai adalah lebih menyedihkan berbanding menerima 100 pembaca yang meluangkan masa 5 minit mereka membaca 3-4 artikel di blog kita.

Metrik ‘user stickiness’ ini dipandang Google. Ia dipanggil sebagai Bounce Rate (BR). Apabila kita menjaga BR laman web kita dengan baik, ia akan menghantar signal kepada Google bahawa “…laman web ini bagus. Pembaca suka artikel-artikel yang ada di sini. Pembaca share di Facebook, Twitter & merata-rata tempat”.

Baca: 7 Cara Merendahkan Bounce Rate Blog

Fokus pada:

  • Artikel yang pembaca suka
  • Artikel yang berkualiti dan mempunyai ‘nilai’
  • Artikel yang padat dengan informasi (bukan artikel kosong)

#3 – Tidak Perlu Risau Pada ‘Action Plan’ Orang Lain

SEO adalah sebuah permaian yang peraturannya tidak pernah tetap. Hari ini lain rentaknya, esok pula lain rentaknya. Yang berkesan pada bulan lepas sudah tidak lagi berkesan pada bulan ini.

Kenapa ini berlaku?

Jawapannya mudah. Kerana Google tidak mahu kita memperdaya pengguna mereka.

Oleh itu, jika anda membaca dan mengikuti panduan-panduan atau kajian kes daripada pemain-pemain SEO yang mengatakan ranking laman web mereka naik selepas membuat itu dan ini, jadikannya sebagai salah satu ITEM baru dalam senarai eksperimen anda sahaja.

Fokus dan kuasai perkara asas terlebih dahulu.

Melangkau terus ke bahagian advance dan mengabaikan perkara asas ditambah dengan pemahaman yang kurang dan tidak tahu apa sebenarnya maksud di sebalik setiap strategi dalam SEO adalah tindakan yang berisiko.

Fokus pada:

  • Kandungan yang segar (fresh content – bukan copy paste) dan berkualiti
  • Membina komuniti & pengikut laman web & blog yang setia (orang bercinta yang setia akan bertahan lama dengan kita, mereka akan menyelamatkan Bounce Rate kita)
  • Pengalaman penggunaan (user experience) yang baik dan selesa (design laman web/blog yang selesa dan mudah digunakan)

***

Kesimpulannya, jika anda tidak mengamalkan teknik-teknik ‘black hat SEO’ dan sentiasa mengikut best practices SEO, tiada apa yang perlu anda risaukan. Teruskan perjalanan dengan tenang. Selamat berjaya!

Kredit foto: Bada Bing.

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares