Semak Status Robots.txt Anda Dengan Alatan Terkini Google Ini

Robots.txt adalah perkara pertama yang akan dilihat oleh bot enjin carian & bukan enjin carian semasa sampai ke laman web kita.

google-bot-logo-with-bot

Melalui fail ini, kita mempunyai kuasa 100% untuk membenarkan atau menghalang bot-bot ini daripada akses kepada laman-laman tertentu, atau boleh terus ‘block’ mereka daripada mengakses laman web kita.

Buat anda yang mahu belajar dengan lebih mendalama mengenai fail robots.txt ini, kami pernah berkongsi dengan lebih mendalam mengenai topik ini di dalam artikel dibawah:

http://www.prospekdigital.com/2014/04/cara-bina-fail-robots-txt/

Dan baru-baru ini, Google melalui ‘tool’ untuk webmaster & pemilik laman web-nya, Google Webmaster Tool telah mengemaskini sistem robots.txt tester mereka, dimana kini anda boleh menguji & mengesahkan fail robots.txt anda samada berkeadaan baik atau tidak.

Sistem ini boleh diakses jika anda mempunyai akaun Google Webmaster Tool, dan ianya terletak di dalam bahagian ‘Crawl’ seperti contoh dibawah:

webmaster tool new robots txt checker

Dan jika anda sudah menghantar (submit) fail robots.txt anda ke Google Webmaster Tool ini, apa yang anda akan lihat adalah seperti berikut:

robots txt tester google

Secara ringkas, apa yang boleh dilakukan oleh tool ini adalah:

1. Menyemak bahagian mana di dalam fail robots.txt anda yang memberi arahan untuk block kepada bot-bot tertentu (contoh: Googlebot), contoh seperti dibawah:

contoh robots.txt tester

2. Memudahkan anda untuk melakukan ujian terlebih dahulu terhadap fail robots.txt anda sebelum digunakan sepenuhnya di laman web;

3. Google akan menunjukkan kepada anda versi fail robots.txt anda yang lepas (jika anda kerap melakukan kemaskini kepada fail tersebut).

Akses ke alatan tersebut disini: https://www.google.com/webmasters/tools/robots-testing-tool

Kredit imej: http://matthewforzan.com.au/

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares