Google Menerbitkan Panduan Bagi Memudahkan Anda Memindahkan Laman Web & Blog

cara pindahkan website

Baru-baru ini, pihak Google telah mengumumkan di Webmaster Central blog mereka yang mana mereka telah menerbitkan sebuah panduan lengkap bagi memudahkan para pentadbir web memindahkan laman web dan blog seliaan mereka.

Dalam kebanyakkan kes, proses pemindahan laman web ini boleh dipecahkan kepada 2. Pertama, mengekalkan domain yang sama (bertukar web hosting dan mengekalkan struktur URL lama) dan kedua, bertukar ke domain baru.

Contohnya:

  • Dari http://www.abc.com → https://www.abc.com (menggunakan SSL pada protokol http).
  • Dari abc.com → abc.net.
  • Dari http://abc.com/page.php?id=1 → http://abc.com/widget/.

Anda boleh melihat panduan tersebut di sini.

Google juga turut menunjukkan langkah-langkah yang perlu dibuat oleh pentadbir web pada akaun Webmaster Tools mereka di mana mereka perlu memberitahu Google alamat laman web baru mereka dengan cara:

  1. Login ke Webmaster Tools, klik ikon gear.
  2. Klik pada Change of Address.
  3. Ikut arahan yang diberikan & klik butang Submit.

Contohnya seperti berikut:

pindah-blog

Semoga panduan ini memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada anda. Selamat mencuba!

Kredit foto: Dave Young.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares