Facebook Melancarkan Siri ‘Getting Started’ – Informasi Pengiklanan Untuk Pemilik Bisnes

Bagi sesetengah pemilik bisnes, menggunakan agensi pengiklanan bukanlah pilihan utama mereka untuk membantu mereka melakukan pemasaran & pengiklanan terhadap produk mereka.

pemasaran facebook ads

Maka, golongan seperti ini memilih untuk melancarkan kempen pengiklanan menggunakan sumber dalaman mereka sendiri, lebih-lebih lagi pemilik bisnes kecil, diamana biasanya pemilik itu sendiri yang akan melakukan aktiviti pemasaran & pengiklanan tersebut.

Biasanya, platform pengiklanan yang mempunyai opsyen ‘self serving platform’, akan menjadi pilihan utama golongan seperti ini.

Dan Facebook adalah salah satu daripada platform tersebut, dimana anda boleh melancarkan iklan tanpa perlu menggunakan servis daripada mana-mana pihak ketiga.

Untuk membantu pemilik-pemilik bisnes yang masih lagi belum menggunakan platform Facebook Ads, Facebook pada minggu lepas telah melancarkan siri panduan ‘Getting Started’ dimana dari masa ke semasa mereka akan menerbitkan artikel yang memberi maklumat mengenai platform pengiklanan Facebook Ads mereka.

Dan untuk artikel siri yang pertama, ianya adalah berkaitan dengan topik ‘How Facebook Ads Work’. Anda boleh tonton video yang berdurasi selama 1 minit 52 saat itu dibawah:

Untuk membaca keseluruhan artikel pertama di dalam siri ‘Getting Started’ tersebut, anda boleh klik link dibawah:

https://www.facebook.com/business/news/How-Facebook-Ads-Work

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares