AdWords – Kemaskini Daripada Delete Kepada Remove

Google hari ini mengumumkan bahawa penggunaan perkataan ‘Delete’ di dalam platform AdWords mereka kini akan digantikan dengan perkataan ‘Remove’.

adwords delete & remove

Dan kemaskini itu akan berlaku dalam masa 2 minggu dari sekarang.

Dimana perubahan ini akan dilihat?

Jawapannya, di semua elemen yang mempunyai opsyen ‘Delete’, seperti contoh ‘Campaign’ & ‘Ad Group’ level seperti contoh dibawah:

Campaign level:
kempen efek

Ad Group level:
ad group efek

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di page Google + mereka, sebab utama perkataan tersebut diubah adalah kerana untuk mengelakkan kekeliruan daripada pengguna AdWords itu sendiri – dimana mereka melihat apabila sesuatu kempen itu di-delete, ia sebenarnya masih lagi boleh diakses (hanya boleh untuk mendapatkan data kempen sebelum ini).

Jadi, penggunaan perkataan ‘Remove’ dilihat lebih sesuai berbanding ‘Delete’ – walaupun mereka sudah menggunakan perkataan ini lebih dari 10 tahun. 🙂

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares