3 Infografik Menarik Buat Bacaan Hujung Minggu Anda

Cara pemahaman untuk setiap orang adalah unik.

Maka sebab itulah, di ProspekDigital, kami cuba memvariasikan maklumat yang kami sampaikan, supaya (paling tidak pun) semua boleh belajar & faham dengan apa yang kami sampaikan.

belajar pemasaran internet

Dan apabila faham, boleh terus dipraktiskan ke dalam kempen pemasaran bisnes anda.

Salah satu cara yang kami gunakan, selain daripada menulis artikel yang panjang, adalah menggunakan infografik. Buat masa sekarang, kami masih lagi tidak mempunyai ‘resource’ yang cukup untuk menghasilkan infografik kami sendiri, namun apabila kami menjumpai maklumat sebegini di Internet & kami rasakan ianya akan sangat-sangat berguna kepada anda, kami akan kongsikan disini.

Maka, dengan itu terhasillah beberapa laman yang kami cipta untuk ‘menempatkan’ infografik-infografik yang berguna ini, buat tatapan anda (dan juga rujukan kami sendiri), di dalam memahami dengan lebih mendalam pemasaran secara digital.

Dan hari ini, kami nak kongsikan dengan anda, 3 infografik yang kami sudah berjaya ‘tempatkan’ disini, buat rujukan anda.

Tiga infografik tersebut adalah:

Infografik #1 – Bagaimana Enjin Carian Google Berfungsi

infografik #1

Dalam infografik ini, ada diterangkan secara terperinci bagaimana enjin carian tersebar di dunia (buat masa sekarang), Google berfungsi.

Maklumat ini sangat berguna untuk anda yang mahu hendak mula berjinak-jinak dengan SEO, atau apa sahaja aktiviti pemasaran yang melibatkan Google.

Link: http://www.prospekdigital.com/infografik-bagaimana-enjin-carian-google-berfungsi/

Infografik #2 – Segalanya Tentang Prospek Anda Di Facebook

infografik #2

Facebook, jika diambil kira sebagai sebuah negara, akan menjadi negara kedua di dunia yang mempunyai penduduk teramai, selepas China.

Bayangkan potensi prospek bisnes anda disitu, sangat-sangat luas.

Namun, tidak semua prospek di dalam Facebook adalah prospek target untuk bisnes anda. Tiada istilah ‘pukul rata’ kalau nak melakukan pegiklanan & pemasaran di Facebook.

Dan di Facebook Ads, sudah pasti anda tidak mahu target kepada seluruh pengguna Facebook, duit cepat habis, hasilnya mungkin tiada.

Jadi, di dalam infografik ini, ia akan membantu anda untuk kenal pasti target prospek anda mengikut pelbagai jenis sifat & elemen yang ada di dalam prospek target anda, daripada bahasa pertuturan, jantina sehinggalah kepada hobi & minat mereka.

Ketahuinya dengan lebih lanjut di dalam infografik ini.

Link: http://www.prospekdigital.com/infografik-segalanya-tentang-prospek-anda-di-facebook/

Infografik #3 – Senarai 200 Faktor Ranking Google

infografik #3

Selepas anda memahami bagaimana enjin carian Google itu berfungsi (dalam infografik #1), sekarang tiba masanya untuk belajar dengan lebih mendalam, apa faktor-faktor ranking yang digunakan oleh Google.

Suka diingatkan, senarai faktor-faktor ini bukanlah diterbitkan oleh pihak Google sendiri (mereka tidak sesekali akan membocorkan rahsia perniagaan mereka), namun ianya adalah hasil inisiatif pihak ketiga (para SEO diluar sana), hasil daripada kajian & pembacaan mereka.

Dan hasilnya, kesemua faktor tersebut telah dikumpulkan & dimasukkan ke dalam infografik yang cantik ini.

Link: http://www.prospekdigital.com/infografik-200-faktor-ranking-google/

Jadi, diharap tiga infografik yang kami kongsikan ini, sedikit sebanyak mampu memberi nilai tambah kepada anda & bisnes anda.

Jika ada sambutan, insyaAllah di masa hadapan kami akan usahakan untuk hasilkan infografik kami sendiri, khas buat anda pembaca ProspekDigital. 🙂

Kredit imej: Flickr

Minat Nak Belajar Facebook Ads Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Facebook Ads secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares