Google Menamatkan Gambar Profil Authorship di SERP

Minggu lepas, Google, melalui Webmaster Trends Analyst mereka, John Mueller telah mengumumkan bahawa gambar profil penulis akan dibuang daripada keputusan carian Google.

authorship-serp

Keputusan membuang gambar authorship ini dibuat atas alasan ingin mengekalkan pengalaman yang konsisten di antara pengguna Google di mobile (smartphone) dan di desktop, dimana alasan yang sama digunakan oleh Google semasa mereka melancarkan rekabentuk iklan AdWords yang baru, sebelum ini.

Perubahan ini dilihat memberi maklumbalas negatif kepada para pengamal SEO, kerana pihak Google sendiri sebelum ini yang beria-ia mempromosikan kepada webmaster supaya menggunakan Authorship ini.

Adakah keputusan yang dibuat oleh Google ini memberikan impak positif atau negatif kepada traffik ke laman web anda?

Kemaskini (3 Julai 2014): Google hanya menamatkan gambar profil authorship daripada laman web sahaja, namun bagi keputusan carian yang ada link daripada mana-mana entri di Google + (laman sosial milik Google), ianya masih dikekalkan. Keputusan carian ini boleh dilihat jika anda ‘login’ ke akaun Google semasa membuat carian.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares