[Off-Topik] Visual Google Trends Untuk Malaysia Kini Di Skrin Anda

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke pejabat Google Malaysia (di bangunan Quill 7 KL Sentral),antara perkara pertama yang anda akan lihat selepas melepasi kaunter pendaftaran mereka adalah paparan skrin seperti dibawah ini:

Trend di Google Malaysia

Ianya adalah paparan skrin yang menunjukkan trend carian yang sedang ‘hangat’ berlaku di satu-satu negara (sama seperti konsep ‘trending’ di Twitter).

Dan sumber data-data ini adalah daripada Google Trends:

http://www.google.com/trends/

Visual ‘trending searches’ ini mula dilancarkan oleh Google pada bulan Mei 2013 & hanya memaparkan data-data bagi beberapa negara sahaja (Malaysia pada waktu itu bukan sebahagian dari negara tersebut).

Apa yang menarik perhatian saya semasa mula-mula melihat skrin visual ini adalah, sesetengah katakunci yang dipaparkan di dalam skrin tersebut adalah katakunci berbahasa Melayu, dimana pada waktu tersebut (kira-kira sebulan yang lepas), visual Google Trends bagi negara Malaysia masih lagi tidak disiarkan di laman Google Trends secara rasmi.

Dan menurut salah seorang staf Google yang saya jumpa pada masa itu, paparan visual Google Trends ini buat masa sekarang hanya dapat diakses oleh staf mereka sahaja & hanya akan dibuka kepada umum pada masa yang masih tidak diketahui.

Namun, pada Jumaat lepas, semasa melakukan sedikit kajian katakunci untuk kempen AdWords bagi salah satu program realiti popular di Malaysia, saya ternampak visual ini sudah mula dipaparkan untuk trend carian dari Malaysia:

trend big

Apa yang menarik, anda kini sudah boleh melihat data yang sama yang dipaparkan di pejabat Google Malaysia tersebut, terus di skrin monitor anda, seperti dibawah:

trend boxes

Maka sekarang, anda sudah tak perlu datang ke pejabat Google Malaysia semata-mata untuk melihat trend carian Malaysia lagi (he he, sudah pasti anda akan ada tujuan lagi yang lebih serius apabila ke sana).

Semuanya sudah boleh diakses dari laptop anda disini:

http://www.google.com/trends/hottrends/visualize?nrow=5&ncol=5&pn=p34

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares