Redirect: 301 vs 302 – Mana Lebih Baik?

mana-lebih-baik-301-302

Bagi anda yang bercadang mahu menukar nama domain bagi laman web atau blog kepada sebuah nama domain yang baru, anda mungkin tertanya-tanya apakah status & ‘nasib’ kepada SEO laman web yang telah dibina sebelum ini bukan?

Perkara ini mungkin bertambah merisaukan anda jika laman web anda sekarang telah mempunyai PageRank (PR) yang baik, menerima jumlah backlink yang banyak & berkualiti dan mempunyai pengikut yang ramai di Internet.

Soalan-soalan ini mungkin bermain di fikiran anda:

  1. Kalau aku tukar domain, backlink sekarang ini pergi ke domain baru ke?
  2. PageRank (PR) pula macamana? Adakah perlu bermula dari 0 semula?
  3. Macamana nak beritahu Google yang laman web aku ini sudah bertukar secara ‘total’ ke domain baru?

2 Jenis Redirection

Dalam konteks teknikal, terdapat 2 jenis redirection yang boleh kita lakukan. Yang pertama adalah redirection kekal. Status kodnya adalah 301. Manakala yang keduanya pula adalah redirection sementara. Status kodnya adalah 302.

Sama Tapi Tidak Serupa

Memang kedua-dua jenis redirection ini akan membawa kita ke laman web atau halaman web baru yang telah ditetapkan. NAMUN, perbezaanya di sini adalah jenis redirection yang kita gunakan ini boleh memberi kesan kepada SEO laman web kita.

Bagaimana Redirection Memberi Kesan Kepada SEO?

Seperti yang kita bincangkan di atas, kita tidak mahu segala usaha untuk meng-SEO-kan laman web lama kita sebelum ini hilang begitu sahaja. Kerja-kerja SEO ternyata memenatkan, memakan masa & kos yang agak tinggi. Jika dibiarkan ia ‘mati’ begitu sahaja, itu satu kerugian.

Oleh itu, apa kata kalau kita ‘transfer’ segala ‘SEO profile’ itu ke laman web baru?

Bagaimana caranya?

Caranya adalah dengan menggunakan jenis redirection kekal (301). Dengan menggunakan 301 redirection ini, segala ‘link juice‘ laman web terdahulu akan dipindahkan kepada laman web baru kita.

Berbeza dengan redirection sementara (302), enjin carian mengganggap kita tidak mahu membiarkan ‘redirection’ itu kekal lama. Mungkin kita melakukan redirection kerana laman web utama kita sedang dibaik pulih, dinaik taraf atau mempunyai masalah-masalah tertentu yang tidak memakan masa terlalu lama untuk dibaiki.

Cara Semak Status Kod Redirect

semak-301-302-redirect

Salah satu cara untuk mengetahui status kod redirection yang digunakan sesebuah web adalah dengan menggunakan laman web seperti ini.

Jika ia adalah redirect kekal (301), keputusannya seperti ini:

301-redirect

Dan, jika ia adalah redirection sementara, anda akan melihat keputusan seperti ini:

302-redirect

Mana Satu Lebih Baik?

Untuk menjawab soalan ini, kita harus jelas dengan motif utama kita.

Adakah kita:

  1. Mahu bertukar ke domain baru secara ‘total’ dan melupakan domain lama?
  2. Atau, mahu bertukar ke domain / halaman baru buat seketika waktu sahaja dan akan menggunakan domain lama semula kelak?

Jika jawapan anda yang pertama, maka redirect kekal (301) adalah yang sesuai. Sebaliknya, jika jawapan anda adalah yang kedua, redirect sementara (302) lebih baik.

Selain itu, jika anda melakukan ‘cloaking‘ untuk link-link affiliate, saya cadangkan anda untuk menggunakan redirect sementara (302). Ini kerana, kita tak perlu ‘pass the link juice’ kepada laman web affiliate. Konsepnya seperti ‘nofollow tag’ di mana kita tidak perlu memberi kredit kepada laman-laman seperti ini.

***

Kesimpulannya, kedua-dua jenis redirect di atas mempunyai perbezaan yang jelas. Jangan sesekali memilih jenis redirection yang salah kerana ia boleh memberi kesan kepada SEO laman web baru anda.

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares