Dilema Usahawan: Upah Orang Atau Buat Sendiri SEO?

upah-atau-buat-sendiri-seo

Saya sering menerima soalan berbunyi seperti berikut daripada rakan-rakan usahawan:

…saya ada website. Website saya _________.com. Saya ingat nak fokus pada SEO selepas ini. Cuma saya tak sure, sama ada saya perlu upah orang lain buat atau saya perlu buat sendiri. Bagaimana ya?

Sebenarnya, kedua-dua pilihan itu mempunyai kelebihan & kekurangannya yang tersendiri. Ia bergantung kepada apa sebenarnya yang anda mahu dan bajet semasa anda.

Sebelum kita bergerak lebih jauh, suka untuk saya kongsikan di sini dengan anda. Kos untuk kerja-kerja SEO laman web atau blog sebenarnya tidak murah. Ianya memerlukan kos yang tinggi.

Kenapa Kos SEO Tinggi? Bukan Ke Tulis Artikel Je?

Ya, kalau dilihat dengan mata kasar, kita akan menyangka kerja-kerja SEO ini tidak lain tidak bukan hanya bermain dengan artikel sahaja. Kerana artikel adalah ‘must have content‘ dan komponen wajib dalam SEO.

Namun begitu, skop kerja SEO itu sebenarnya jauh lebih luas, mencabar dan memerlukan seorang yang berfikiran analitikal dan berkebolehan ‘membaca’ data-data serta merangka ‘action plan‘ yang wajar diambil untuk meletakkan laman web di posisi paling baik di Google.

Antara tugas-tugas penyedia servis SEO adalah:

  • Membuat kajian terhadap struktur (kod) laman web
  • Menukar kod-kod yang bermasalah kepada stuktur kod yang lebih ‘SEO friendly
  • Mengkaji corak ‘user behaviour‘ & ‘user experience‘ laman web itu sendiri
  • Membaca corong-corong trafik sedia ada laman web & melihat ‘kebocoran’ trafik ini dari satu halaman ke satu halaman lain
  • Mengkaji kata kunci berpotensi untuk kandungan artikel seterusnya yang akan diterbitkan
  • Mengkaji semula & mengoptimasikan kandungan artikel semasa
  • Menentukan corak & bentuk link-building yang sesuai
  • Membina & mendapatkan backlink yang berkualiti untuk laman web
  • Melihat turun naik kedudukan laman web yang sedang di-ranking secara berkala
  • Menyediakan laporan untuk pemilik laman web
  • (Ekstra) Membina fan base yang fanatik & aktif di media sosial untuk mendapatkan ‘social signal
  • (Ekstra) Melakukan split-test untuk tujuan sales conversion yang lebih baik
  • (Ekstra) Menulis & berkolaborasi dengan copywriter berpengaruh untuk menyediakan kandungan artikel & ayat jualan yang mesra SEO, persuasif & convert (boleh menjual)
  • Mengulangi & mengkaji semula setiap proses di atas sehingga mendapat keputusan yang betul

Kerja yang membosankan?

Ya, sangat.

Anda sanggup nak buat?

Teruskan membaca.

Pilihan 1: Upah Orang

Seperti yang saya nyatakan di atas, pilihan ini bukan untuk semua usahawan. Selain faktor kos yang agak tinggi, ada beberapa sebab lain yang tidak melayakkan anda untuk memilih opsyen ini.

Dengan mengupah seseorang melakukan SEO, anda:

  • Tak boleh mengganggap keputusan (ranking) akan berubah dalam tempoh 2-3 hari
  • Tak boleh keras kepala – pertimbangkan cadangan daripada beliau untuk kebaikan SEO laman web anda
  • Tak boleh anggap beliau ada beri rasuah pada Google untuk ubah posisi ranking laman web anda (ini mustahil terjadi)

Kebaikan Mengupah Orang Melakukan SEO

  • Jimat masa – bagi anda yang berniaga di Internet, saya faham kesibukan itu. Saya juga seorang pemasaran internet. Kadang-kadang kita tidak cukup tangan untuk buat macam-macam hal. Mahu layan pelanggan lagi, mahu update Facebook lagi. Jadi, kalau upah orang, anda sudah boleh menarik nafas lega. Kan?
  • Jimat kos – walaupun kos untuk mendapatkan servis SEO itu sendiri tinggi, ia lebih murah berbanding anda buat sendiri dan test sendiri mengikut apa yang anda tahu. Antara melabur RM100 untuk trial & error atau RM100 untuk mendapatkan ranking dengan bantuan pakar, mana lebih mudah & selamat?
  • Tak pening – bermain dengan SEO sebenarnya bermain dengan banyak hal-hal teknikal. Bagi anda yang tidak mahu peningkan kepala dengan hal-hal teknikal (sudahlah hal bisnes pun sudah memeningkan kepala kan?), delegasi kerja kepada pakar adalah jalan terbaik. Anda tidak perlu tahu faham terma-terma jargon yang merumitkan.

Kekurangan Mengupah Orang Melakukan SEO

  • Tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku – kebanyakkan golongan professional gemar untuk melakukan sesuatu menggunakan cara short-cut dan kaedah-kaedah yang mereka sendiri cipta untuk memendekkan masa dalam proses sesuatu kerja. Anda mungkin ‘terlepas’ beberapa perkara penting tentang laman web anda semasa kontrak SEO berjalan.
  • Anda hanya tahu result – penyedia servis melalui beberapa fasa kerja dalam usaha mendapatkan ranking yang anda mahu bagi laman web anda. Mereka ini ‘process oriented‘. Mereka ini sudah melakukan 1001 trial & error sebelum ini. Dan, anda hanya dapat melihat keputusan di Google dan tidak tahu & belajar bagaimana mereka melakukannya.
  • Anda akan terus bergantung harap – Google melepaskan beratus-ratus algorithm baru setiap tahun. Selepas sahaja algorithm release, maka kita akan melihat jatuh bangun ranking-ranking laman web kita di Google. Jika kita tahu serba sedikit tentang SEO, kita boleh perbaikinya sendiri. Sebaliknya, jika kita mengupah orang lain, kita akan mencarinya semula untuk memperbetulkan ranking laman web kita yang jatuh itu (kos tambahan).

Pilihan 2: Buat Sendiri

Pilihan ini adalah pilihan lazim oleh kebanyakkan usahawan. Selain daripada kos yang rendah, golongan usahawan yang memilih opsyen ini lebih gemar untuk mendapatkan ilmu melalui pengalaman mereka sendiri. Saya panggil mereka ini sebagai usahawan jalanan dan saya juga salah seorang daripadanya. Ijazah kami ada di jalanan.

Kelebihan Buat Sendiri SEO

  • Kita belajar – bermula daripada fasa menjemput bot-bot enjin carian ke laman web, kita akan tahu cara-cara mengkaji kata kunci, cara-cara melakukan analisis kata kunci, cara-cara mengkaji struktur laman web, cara-cara membina link-building dan macam-macam lagi. Boleh tulis & simpan dalam buku nota.
  • Kita ‘feel’ – seorang pembuat kek lebih tahu ‘seni’ dan ‘feel‘ menyediakan kek berbanding seorang yang kerjanya di depan komputer setiap masa. Mereka juga tahu cara paling baik untuk mendekati peminat dan pembaca laman web atau blog mereka. Suntikan ’emosi’ seperti ini menjadikan janama laman web kita lebih dekat di hati pembaca.
  • Kita semangat – bermain dengan SEO adalah bermain dengan persaingan. Setiap kali kita melihat laman web kita di bawah laman web pesaing, kita akan rasa tercabar untuk lawan & mengatasi pesaing itu. Jadi, jika anda suka akan cabaran dan seorang yang sabar, buat sendiri SEO adalah opsyen terbaik untuk anda.

Kekurangan Buat Sendiri SEO

  • Potensi untuk rugi besar – ilmu SEO bukan ilmu yang malar segar saban waktu. Hari ini lain, esok pula lain. Hari ini kata ‘title tag‘ penting, esok pula kata ‘title tag‘ tak penting. Hari ini kata ‘edu backlink‘ itu penting, esok pula kata ‘edu backlink‘ itu tidak penting & membawa bahaya. Anda akan keliru, rugi banyak masa, tenaga dan wang dalam setiap eksperimen-eksperimen SEO anda.
  • Menguji kesabaran – saya bukanlah seorang yang penyabar pada mulanya bermain dengan SEO ini satu ketika dulu. Bila saya lihat segala usaha yang saya buat tidak membuahkan hasil, saya terdetik untuk berhenti dan melupakan sahaja SEO ini. Tetapi, entah bagaimana, saya belajar untuk sabar seketika, kaji & tambah lagi ilmu. Akhirnya, selepas beberapa siri kegagalan eksperimen-eksperimen SEO, perlahan-lahan ranking laman web saya berubah.
  • Ilmu yang luas – skop SEO itu sebenarnya sangat luas dan berkaitan antara satu sama lain. SEO hari ini sudah meliputi aspek seperti ‘social signal‘, ‘user experience‘, ‘site health & speed‘ dan bermacam-macam lagi. Ia adalah satu ilmu yang sofistikated & teliti. Jika anda bersedia untuk belajar semua hal-hal ini, anda layak untuk memilih opsyen kedua ini.

***

Kesimpulannya, kedua-dua opsyen mempunyai pro & kontranya yang tersendiri. Anda bebas untuk memilih mana-mana opsyen. Cuma, anda perlu pegang pada satu prinsip ini – jangan sesekali cuba untuk buat spamming atau ‘game’ Google. Bersiap sedia untuk dikenakan penalti jika anda melakukannya.

Semoga artikel ini membantu anda membuat pilihan yang lebih baik. Kongsikan artikel ini di Facebook & blog anda supaya lebih ramai rakan-rakan usahawan lain tahu dan menemui jalan penyelesaian untuk dilema yang meresahkan ini.

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Comments

  1. Usahawan yang berjaya patut upah, sebab ada hal lain yang perlu mereka fokuskan – iaitu pemasaran/jualan.

    Boleh buat sendiri, tapi makan masa lama, bagi saya orang yang sibuk bisnes, lebih baik upah sahaja 🙂

    Bagi blogger, patut belajar sendiri. Baru tahu suka duka SEO itu sendiri hehe.

    • Zulhilmi Zainudin says

      Saya bersetuju dengan tuan. Namun, ada juga rakan-rakan usahawan yang memilih untuk buat sendiri SEO atas sebab mereka mahu belajar SEO.

  2. Saya juga mempunyai pendapat yang sama seperti Tuan Afiq, jika kita ada masa yang lebih kita boleh buat sendiri. Ini kena makesure kita ada kemahiran dan ilmu la. Jika nak try and error dan kita suka ok lah. Boleh teruskan.

    Jika kita tiada kepakaran atau Ilmu TAPI kita ada duit. Kita leverage sahaja kepada mereka yang pakar. Dan pastikan jika juga ada ilmu untuk pantau mereka yang kita leverage ini, jangan main leverage sahaja. Nanti duit lesap result tak de.
    Naya kita dan pasti kita tak nak perkara ini berlaku.

    Terima kasih Tuan Zulhilmi atas artikel yang penuh berinformasi ini. saya juga masih bertatih menulis dan juga beresperimen dalam SEO 😀

    • Zulhilmi Zainudin says

      Satu pendapat yang menarik tuan Faris. Ada benarnya apa yang tuan katakan itu. Jika terlalu sibuk, opsyen upah orang adalah lebih baik. Namun, kita perlu ada ilmu asas SEO juga.

      Sama-sama tuan. Terima kasih juga kerana sudi membaca artikel ini. 😀

  3. Tak perlu upah orang, tak perlu pening-pening… buat sendiri je 30min sebelum tidur, jimat wang… mengikut pengalaman, jika kita selalu menulis entri dalam blog dan sentiasa promosi entri2 yang ditulis di dalam facebook, busuk.org, dll, insyaallah, dalam masa 5,6 bulan sahaja akan jadi mesra google… yang paling penting adalah kualiti artikel yang ditulis, disusuli dengan tajuk artikel yang catchy… 🙂

    • Zulhilmi Zainudin says

      Benar tuan Anwar. Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan oleh rakan-rakan usahawan yang masih mampu di sebelah malam (sebelum tidur). Namun, saya pasti ada dalam kalangan kita yang sudah tidak larat untuk berjaga sebegitu lewat untuk buat SEO laman web atau blog mereka. Dalam kes ini, saya suka untuk menasihati rakan-rakan usahawan ini untuk mengambil opsyen ‘outsource’ kepada orang lain sahaja.

      Saya setuju dengan tips yang tuan kongsikan. Content yang baik + title yang menarik memang antara perkara yang penting. 🙂

    • “Buat sendiri je 30 minit sebelum tidur.”

      Wow ini ilmu baru untuk saya. Boleh cuba praktiskan lepas ni.

      Artikel pertama yang sangat komprehensif, praktikal & ‘compact’, teruskan momentum tuan Zulhilmi! 🙂

Speak Your Mind

*

Shares