Off-Topic: Respon ‘Epic’ Kepada Matt Cutts

Matt Cutts bukanlah nama yang asing di dalam SEO.

Baru-baru ini, beliau mengumumkan di Twitter berkaitan dengan isu web scraping:

Isunya mengenai web scraper yang mengambil kandungan daripada laman web pemilik asal, mendapat ranking lebih tinggi daripada pemilik kandungan asal. Matt Cutts menyediakan satu borang khas kepada webmaster untuk melaporkan perkara tersebut.

Dan borang tersebut boleh diakses melalui link dibawah:

https://docs.google.com/forms/d/1Pw1KVOVRyr4a7ezj_6SHghnX1Y6bp1SOVmy60QjkF0Y/viewform

Namun, apa yang menarik adalah salah satu respon kepada tweet tersebut, daripada seorang yang bernama Dan Barker:

Respon Dan Barker ini menunjukkan bahawa Google juga adalah scraper dan telah ‘outrank’ pemilik asal kandungan yang mereka ‘scrap’.

Dan sehingga entri ini ditulis, tweet tersebut telah menerima Retweet sebanyak lebih daripada 35,000 kali dan 5,600 favorites.

Epic.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares