Bagaimana Memberitahu Google Tentang Kewujudan Versi Mobile Laman Web & Blog Kita?

mobile-site-laman-web

Tahun 2014 menyaksikan pelbagai trend baru dalam arena internet. Salah satu trend yang dijangka meletup pada tahun ini adalah ‘mobile friendly site‘.

Mobile friendly site boleh diklasifikasikan kepada 2 jenis:

1. Responsive design – layout laman web / blog kita akan berubah secara dinamik berdasarkan saiz kelebaran pelayar (browser internet) peranti kita.

2. Dedicated mobile site – lebih dikenali sebagai ‘m dot site‘ seperti ‘m.facebook.com‘. Laman web seperti ini menggunakan pendekatan ‘user agent detection‘ di mana ia akan mengesan jenis peranti yang digunakan oleh pengguna sebelum menyediakan jenis laman web yang sesuai.

Contohnya, Ali melayari Facebook.com melalui peranti Android miliknya. Apabila server Facebook menerima permintaan (request) Ali dan mengesan perantinya adalah peranti mudah alih (smartphone user agent), maka, server Facebook akan berikan versi ‘m.facebook.com‘ kepada Ali dan bukannya ‘facebook.com‘ seperti yang kita gunakan di desktop.

Saranan Google

Google menyarankan pemilik laman web untuk mempunyai versi mobile khas untuk laman web / blog. Terpulang kepada pemilik laman web sama ada mahu menggunakan pilihan pertama atau kedua.

Namun begitu, pilihan kedua (m dot site) adakalanya memberi risiko kepada SEO keseluruhan laman web. Ini kerana, jika ia tidak dilakukan dengan berhati-hati, besar kemungkinan Google akan mengenakan penalti kepada laman web kita. Oh!

Kenapa Penalti?

Kerana, kita duplicate content. Di ‘abc.com‘ kita ada artikel ‘Cara Kuruskan Badan‘ dan di ‘m.abc.com‘ juga kita ada artikel ‘Cara Kuruskan Badan‘ TANPA memberi signal kepada Google bahawa kedua-dua artikel ini sebenarnya adalah sama.

Apabila kita memberitahu Google bahawa kedua-dua artikel ini adalah sama, Google akan tahu bahawa kita sebenarnya ada dedicated mobile site untuk pembaca. Dan, kita tidak akan ‘didenda’ kerana mempunyai duplicate content.

Bagaimana Untuk Memberitahu Google?

Melalui video di atas, Matt Cutts menyarankan 3 panduan berikut:

1. Jangan halang (block) bots Google dari masuk ke laman web kita. Pastikan fail robots.txt kita dipasang dengan betul.

2. Gunakan tag ‘rel alternate’ di domain utama & tag ‘rel canonical’ di mobile site. Contohnya seperti di bawah:

cara-beritahu-google-tentang-mobile-site

3. Pastikan ‘redirection’ benar-benar berfungsi. Contohnya, jika anda memilih pilihan kedua (m dot site), uji cuba dahulu pada telefon/tablet anda. Jika Google Mobile bots tidak berjaya mengesan ‘redirection‘ ini, besar kemungkinan anda akan ‘didenda’ oleh Google.

Selamat mencuba!

Kredit foto: swellpathJD Hancock.

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


About Zulhilmi Zainudin

Pengasas bersama Prospek Digital dan pengasas Bina Blog Dot Com Sendiri. Berpengalaman lebih 5 tahun dalam pemasaran digital dan sangat obses dengan SEO & content marketing.

Speak Your Mind

*

Shares