Arkib SERP Google

Google tidak pernah berhenti melakukan ujian terhadap rekabentuk paparan keputusan carian mereka (yang lebih dikenali sebagai SERP – Search Engine Results Page). Dari pengalaman kami sendiri sejak dari tahun 2007 menggunakan enjin carian Google ini, sudah beratus kali kami melihat rekabentuk paparan keputusan carian yang berbeza saban hari & saban tahun.

Google telah mencuba pelbagai jenis rekabentuk, namun tidak semuanya diimplementasikan secara rasmi. Sesetengahnya hanyalah sebahagian daripada ujian dalaman Google untuk melihat keberkesanan paparan ujian tersebut. Dan kami di ProspekDigital, disebabkan hampir 90% kerja yang kami lakukan adalah melibatkan SERP Google ini, ada masanya kami sangat bertuah kerana dapat melihat perubahan-perubahan rekabentuk SERP ini dari masa ke semasa.

Maka sebab itulah kami mencipta laman khas ini – Arkib SERP Google, untuk berkongsi dengan anda sedikit sebanyak rekabentuk-rekabentuk SERP Google, samada yang sedang dalam percubaan, mahupun yang sudah rasmi.

13 Januari 2014 – SERP Google (percubaan):

after-testing-serp

Baca entri kami berkaitan ujian SERP ini: http://www.prospekdigital.com/2014/01/google-dilihat-sedang-menguji-serp-baru/

11 Mac 2014 – SERP Google (percubaan & rasmi):

chrome normal SERP

Entri kami disini: http://www.prospekdigital.com/2014/03/google-dilihat-sudah-memperluaskan-penggunaan-rekabentuk-serp-baru/

Kenyataan rasmi Google mengenai SERP baru ini: https://plus.google.com/u/0/+JonWiley/posts/AuUAQCWJpki

16 Mac 2014 – SERP Google (percubaan):

20140316 - Google SERP

1 April 2014 – SERP Google (percubaan):

20140401 - Google SERP Testing

Laman ini akan dikemaskini dari masa ke semasa, bergantung kepada kekerapan kami ‘mengesan’ ujian SERP Google. 🙂

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares