Ebook Panduan AdWords Dilancarkan

Semasa ProspekDigital mula dilancarkan pada pertengahan tahun 2013 yang lepas, sumber pendapatan yang kami terima hanyalah daripada personal coaching AdWords, dimana ianya dilakukan atas permintaan beberapa usahawan untuk membantu mereka mengembangkan pasaran mereka melalui Google AdWords.

post pertama pd facebook

Sehinggalah pada penghujung tahun lepas, atas sebab kekangan masa, saya memutuskan untuk menghentikan pengambilan pelajar untuk sesi personal coaching AdWords tersebut.

Namun, selepas itu, masih ramai yang bertanya untuk belajar mengenai Google AdWords ini.

Juga disebabkan pengiklanan di Facebook ads dilihat sudah semakin lama semakin mahal, ramai usahawan & peniaga online mula mencari-cari alternatif untuk memasarkan produk yang mereka jual.

Buat masa sekarang, saya memang memutuskan untuk tidak menyambung sesi personal coaching AdWords, namun untuk tidak mengecewakan permintaan untuk mempelajari ilmu pengiklanan AdWords ini, maka terhasilah ebook panduan AdWords ini:

ebook panduan adwords

Secara ringkasnya, ebook panduan ini akan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk anda melancarkan kempen AdWords di Google dengan betul, serta bagaimana untuk mengoptimasikan kempen tersebut supaya anda dapat memaksimumkan pulangan daripada pelaburan AdWords anda.

Dalam panduan ini ia terbahagi kepada 5 bab, iaitu:

Bab #1 – Pengenalan Kepada Google AdWords & Pemasaran Carian (SEM)

Bab #2 – Komponen-komponen Penting Bagi Memastikan Kempen AdWords Anda Berjaya

Bab #3 – Memahami AdWords

Bab #4 – Melancarkan Kempen AdWords Pertama Anda

Bab #5 – Optimasi Kempen AdWords

Panduan ini ditulis 100% daripada pengalaman saya sendiri di dalam menguruskan kempen AdWords sejak tahun 2008, juga daripada apa yang saya belajar daripada student-student personal coaching sebelum ini.

30% kandungannya adalah berbentuk teori & 70% praktikal.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ebook panduan ini, boleh lihat sales page dibawah:

http://www.prospekdigital.com/ebook-panduan-adwords/

Kemaskini Oktober 2015: Kami membuat keputusan untuk menghentikan penjualan ebook Panduan AdWords buat masa sekarang kerana beberapa bahagian kandungannya yang kami rasakan sudah “outdated”. Sebarang perkembangan berkenaan ebook tersebut akan dimaklumkan di post ini.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares