6 Panduan SEO & AdWords Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang

Dari masa ke semasa, saya ada menerbitkan panduan-panduan berkaitan SEO & AdWords & tak dinafikan bahawa panduan-panduan ini tidak mendapat ‘visibility’ & promosi yang cukup – yang menyebabkan anda mungkin terlepas pandang.

Jadi, hari ini, saya nak kongsikan dengan anda panduan-panduan tersebut:

Panduan #1 –  10 Langkah Mudah Melancarkan Iklan AdWords Anda Dengan Betul

Di dalam panduan ini, saya menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk melancarkan kempen pengiklanan pertama AdWords – dengan cara yang betul.

Ramai yang pandang ‘enteng’ dengan beberapa perkara yang nampak remeh-temeh, tetapi sebenarnya yang remeh-temeh itulah yang akan menyebabkan anda ‘membayar’ harga yang lebih tinggi daripada mereka yang melakukannya dengan betul.

P.S: Lagu diatas tak ada kaitan dengan panduan ini, cuma bila sebut ‘remeh-temeh’, lagu ini terus keluar dalam kepala saya. 😀

Link: http://www.prospekdigital.com/10-langkah-adwords/ 

===

Panduan #2 – 5 Cara Untuk Mengetahui Ranking Sebenar Anda di Google

Idea untuk menghasilkan panduan ini datang selepas saya diajukan soalan oleh salah seorang peserta bengkel SEO dimana saya dijemput sebagai trainer.

Semasa diajukan soalan tersebut, saya boleh bercerita panjang lebar mengenainya, namun peserta bengkel tersebut mungkin tidak faham keseluruhan apa yang saya katakan, jadi panduan ini boleh jadi ‘ultimate reference’ kepada mereka.

Dan dalam panduan ini juga, saya cuba sehabis baik untuk tidak melibatkan perkara-perkara yang terlalu teknikal, kerana kebanyakan yang membaca panduan ini (serta kandungan-kandungan lain di ProspekDigital) adalah pemilik bisnes/usahawan yang mana perkara-perkara teknikal bukanlah sesuatu yang mereka boleh ‘hadam’ dengan mudah.

Maka terhasil panduan ini – dengan harapan sekurang-kurangnya membantu mereka tanpa perlu libatkan perkara-perkara yang terlalu teknikal.

Link: http://www.prospekdigital.com/5-cara-ranking/

===

Panduan #3 – Apa Itu Google AdWords

Panduan ini lebih kepada menjawab persoalan yang paling fundamental terhadap Google AdWords.

Dengan harapan, setelah anda habis membaca panduan ini, soalan seterusnya yang akan muncul dalam minda anda adalah;

“Bagaimana AdWords boleh memberi manfaat kepada bisnes saya?”

Dan jika betul jangkaan saya, anda boleh dapatkan ebook panduan AdWords ini – di dalamnya ada jawapan yang menyeluruh. 🙂

Link: http://www.prospekdigital.com/apa-itu-google-adwords/

===

Panduan #4 – Apa Itu Landing Page

Sama seperti panduan #3 sebelum ini, ianya menjawab persolan mengenai apa itu landing page.

Ini kerana, perkataan ‘landing page’ itu sendiri adalah ‘jargon’ dimana mereka yang terlibat dalam industri pemasaran digital/Internet saja sudah biasa dengannya.

Namun bila diceritakan kepada mereka yang diluar daripada industri (contoh: usahawan yang baru mula nak menggunakan Internet sebagai medium pemasaran produk mereka), perkataan ini adalah ‘alien’ buat mereka, sama seperti perkataan ‘tiki taka‘ kepada gadis-gadis yang tidak pernah ambil tahu mengenai bolasepak.

tiki taka

Link: http://www.prospekdigital.com/apa-itu-landing-page/

===

Panduan #5 – Apa Itu Pemasaran Carian

Terma ‘pemasaran carian’ ini adalah ‘direct translation’ kepada perkataan ‘search marketing’.

Ianya juga dikenali sebagai ‘pemasaran enjin carian’ (daripada SEM – Search Engine Marketing).

Bila disebut pemasaran carian, ia adalah aktiviti yang merangkumi SEO (tidak berbayar) & AdWords/Bing (berbayar).

Namun, kedua-duanya masih lagi berada di tempat yang sama – yakni keputusan enjin carian (SERP – Search Engine Results Page).

Link: http://www.prospekdigital.com/apa-itu-pemasaran-carian/

===

Panduan #6 – Infografik Bagaimana Enjin Carian Google Berfungsi

Kalau tanya saya, ilmu asas yang perlu ada sebelum melakukan pemasaran carian – ini adalah salah satu darinya.

Panduan ini sumbernya datang dari enjin carian itu sendiri – Google.

Dan disebabkan untuk memahaminya bukanlah satu perkara yang mudah – maka Google cuba ‘memudahkannya’ dengan menggunakan konsep infografik, yang lebih mesra ‘mata’ & mudah dihadam.

Link: http://www.prospekdigital.com/infografik-bagaimana-enjin-carian-google-berfungsi/

===

InsyaAllah, dari masa ke semasa, lebih banyak panduan-panduan seperti ini akan dihasilkan.

Dan jika anda mempunyai sebarang permintaan untuk kami hasilkan panduan, nyatakan saja di komen dibawah – kalau ianya mampu memberi manfaat kepada ramai orang, kami tiada masalah untuk hasilkannya, insyaAllah.

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares