Selamat Datang, 2014!

Saya cuba mencuri masa untuk menulis sedikit di blog ProspekDigital ini, agak lama tak dikemaskini dengan entri terbaru.

Buat anda yang ternanti-nanti artikel terbaru, anda mungkin boleh like Facebook page ProspekDigital disini:

https://www.facebook.com/ProspekDigital

Ini kerana di page tersebut saya lebih kerap berkongsi tip-tip ringkas berkaitan AdWords (dan SEO).

Tirai 2013 sudah dilabuhkan, dan bagi saya dan ProspekDigital, 2013 adalah tahun permulaan bagi kami untuk ‘kembali’ setelah berehat selama 3 tahun (JurnalSEM.com direhatkan pada penghujung tahun 2009).

Dan pada 2013 juga, saya hanya memfokuskan kepada berkongsi sedikit sebanyak artikel & tip berkaitan pemasaran carian (AdWords & SEO) serta memenuhi beberapa permintaan untuk mengadakan sesi personal coaching berkenaan AdWords.

Disebabkan oleh komitmen masa, saya memutuskan untuk menghentikan aktiviti personal coaching & merancang untuk menggantikannya dengan cara yang lain seperti bengkel (sedang diusahakan) & ebook panduan (sedang dalam pembikinan).

selamat datang 2014

Bagi 2014, apa yang saya perhatikan adalah, pemasaran melalui AdWords akan menjadi lebih ‘crowded’ dimana lebih ramai peniaga-peniaga online akan menggunakan AdWords sebagai salah satu saluran tambahan atau alternatif kepada pengiklanan di Facebook.

Ramai yang saya perhatikan sudah mula merungut dengan nilai CPC di Facebook ads, yang mana bagi saya akan juga berlaku di mana-mana saluran pengiklanan yang menggunakan konsep RTB (Real Time Bidding).

Siapa mampu bayar lebih, dialah yang akan dapat lebih.

Perkara yang sama mungkin akan terjadi kepada AdWords, namun disebabkan cara ranking iklan AdWords lebih kompleks & mengutamakan pengguna (Google users), tidak semestinya siapa yang mampu bayar lebih, dia akan dapat lebih.

Jadi, saya jangkakan pada tahun 2014 ini AdWords akan menjadi lebih kompetitif.

2014 juga adalah tahun dimana secara umum di Malaysia akan mengalami kenaikan kos sara hidup. Peniaga-peniaga mungkin akan menerima tempias ini, mungkin juga tidak.

Namun, bagi lanskap pemasaran digital di Malaysia, saya melihat 2014 sebagai tahun yang lebih optimis, dimana lebih ramai pengiklan akan beralih arah daripada pengiklanan konvensional kepada pengiklanan digital. Saya sendiri yang terlibat di dalam industri ini sudah mula lihat perkara itu sedang berlaku, dimana syarikat-syarikat besar sudah mula meletakkan bajet yang lebih besar bagi pengiklanan digital untuk produk mereka.

Bagi peniaga kecil, sudah tentu saluran mana yang mampu memberikan kos pengiklanan paling minimum, akan mendapat perhatian. Dan 2014 ini adalah tahun perhatian untuk AdWords, sama seperti tahun 2013 untuk Facebook.

Selamat datang, 2014!

Kredit imej: zanebenefits.com

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. Cara nak coaching,teknik closing

Speak Your Mind

*

Shares