5 Cara Untuk Mengetahui Ranking Sebenar Anda Di Google

Dalam satu bengkel SEO yang saya hadir sebagai ‘trainer’ sebelum ini, soalan pertama yang saya terima daripada peserta adalah:

“Macam mana nak tengok keputusan sebenar ranking page kita sendiri di Google?”

Mula-mula saya tak berapa jelas dengan soalan yang ditujukan.

Jawapan paling ringkas dan cepat kepada soalan tersebut adalah;

“Pergi ke Google dan buat carian untuk katakunci yang kita target, kemudian tengok samada website kita ada dalam top 10 atau tidak.”

Namun, soalan tersebut sebenarnya memerlukan pemikiran yang lebih mendalam, sebelum saya boleh bagi jawapan yang betul-betul mencapai KPI jawapan yang beliau mahu.

Yang sebenarnya, saudara tersebut ingin mengetahui samada semakan yang beliau buat di Google di laptopnya itu benar-benar refleks terhadap keputusan carian di laptop prospek-prospek target mereka.

Ini bermakna, adakah keputusan carian yang dilihat oleh beliau sekarang, sama seperti apa yang prospek-prospek beliau sedang lihat.

Contoh jika sekarang saya buat carian mengenai ‘lampin bayi online’ di laptop saya:

  • Mengggunakan browser Google Chrome;
  • Dengan saya sedang log-in akaun Google;
  • Menggunakan tetingkap normal (bukannya tetingkap ‘incognito’);
  • Dan terus menaip carian di omnibox Google Chrome:

Adakah keputusan carian yang saya akan lihat, sama seperti keputusan carian yang dilakukan oleh Aaron Aziz:

  • Yang membuat carian tersebut di rumahnya di Singapura;
  • Menggunakan browser Internet Explorer;
  • Menaip Google.com.sg untuk membuat carian.

Maka, setelah melihat situasi seperti diatas, barulah saya boleh bagi jawapan, dengan yakin.

Dan jawapannya adalah;

Tidak sama sekali.

Setiap carian yang dilakukan oleh prospek mempunyai elemen yang berbeza-beza. Dan elemen-elemen tersebut boleh dilihat melalui:

  1. Elemen geografi/lokasi prospek;
  2. Elemen ‘personalization’ prospek – samada prospek login ke akaun Google (contoh Gmail) semasa membuat carian;
  3. Elemen ‘search history’ prospek;
  4. Elemen jenis browser yang digunakan prospek.

Banyak lagi elemen-elemen teknikal yang lain, namun untuk meringkaskan maklumat, saya hanya nyatakan 4 elemen utama sahaja diatas.

Jadi, setelah mengenali elemen-elemen ini, barulah anda tahu bahawa apa yang anda lihat mungkin tidak sama dengan apa yang prospek anda lihat.

Andaikata anda lihat ranking website anda berada dalam top 10 Google, prospek anda mungkin tidak.

Saya menggunakan perkataan ‘mungkin’ kerana saya tidak boleh mengagak elemen yang tepat yang sedang digunakan oleh prospek anda.

Maka, timbul persoalan;

“Adakah saya boleh mempercayai 100% apa yang saya lihat di SERP Google?”

Anda mungkin sudah mula ragu-ragu dengan keputusan carian, memandangkan apa yang anda lihat mungkin keputusan carian yang telah di-‘personalized’ oleh Google kepada anda.

“Bagaimana untuk ‘validate’ bahawa ranking website saya lihat sekarang sama dengan apa yang prospek lihat?”

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan, cara ini bukanlah cara paling mutlak, namun sedikit sebanyak ianya akan memberikan anda ‘klu’ samada website anda sebenarnya sudah mendapat ranking yang anda mahukan, atau tidak.

Melalui cara ini, sedikit sebanyak anda boleh membuat justifikasi samada usaha SEO sebenarnya sudah membuahkan hasil (berada di top 10 Google) ataupun sebenarnya anda hanya syok sendiri.

syok sendiri

Kredit imej: http://t33.com/

Cara #1 – Gunakan Fungsi Tetingkap Private/Incognito

Majoriti browser ‘mainstream’ mempunyai fungsi ini.

Di Chrome ianya dipanggil  ‘Incognito window’:

incognito chrome

Di Firefox, ianya ‘Private Window’:

privatewindow-firefox

Di Internet Explorer, ‘InPrivate Window’:

inprivate ie

Apa yang anda perlu lakukan adalah menggunakan tetingkap versi ini semasa membuat carian untuk melihat ranking sebenar laman web anda.

Sebab utama saya sarankan anda gunakan tetingkap ini adalah kerana keputusan carian di tetingkap ini hampir 100% bebas daripada ‘personalization’.

Cara #2 – Banding Keputusan Menggunakan Google.com dan Google.com.my (atau mengikut lokaliti prospek target anda)

Menggunakan cara #1 diatas, lihat keputusan carian di kedua-dua Google.com & juga Google.com.my

google-vs-googlemy

Dari sini anda boleh melihat, sesetengah keputusan carian hanya mendapat ranking top 10 untuk Google.com.my tetapi tidak di Google.com.

Cara #3 – Buat Carian Menggunakan Peranti (Device) Yang Berbeza

Sebagai contoh jika anda biasa membuat carian di laptop/desktop, cuba buat carian menggunakan peranti ‘smartphone’ anda.

mobile-vs-desktop

Cara #4 – Buat Cross-Check Daripada Browser & Juga Peranti

Ulang cara #1 dengan melakukan cross check di browser & peranti yang berbeza.

Cara #5 – Guna Servis Semakan SERP

Ada banyak servis/alatan yang membantu anda untuk menyemak ranking anda dengan tepat.

Salah satu contoh yang anda boleh gunakan adalah WhatMySERP.com ini:

lihat serp

http://www.whatsmyserp.com/serpcheck.php

Cara untuk buat semakan ranking di laman ini tidaklah sesukar mana.

Apa yang anda perlu lakukan adalah memasukkan laman web anda dibahagian ‘Domain Name’, pilih ‘Region’ (contoh: Malaysia – Google.com.my) dan masukkan katakunci yang anda mahu semak.

Andaikata anda nak semak ranking pesaing anda, boleh masukkan laman web mereka dibahagian ‘Competition Domain’.

——

Jadi, lima cara diatas ini anda boleh gunakan untuk mendapat ‘overview’ yang sebenar dimana ranking sebenar laman web anda.

Saya harap penerangan ini dapat menjawab persoalan yang berlenggu dalam fikiran anda selama ini.

Tshcuss!

Nota: ‘Like’ Facebook page ProspekDigital disini untuk mendapatkan tip-tip berkaitan AdWords & SEO terus ke wall-feed anda. 🙂

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. biasa guna whatsmyserp tu je. senang, leh tengok sekali banyak terus.

Speak Your Mind

*

Shares