10 Langkah Mudah Melancarkan Iklan AdWords Anda Dengan Betul

Melancarkan iklan di AdWords tidaklah sesukar mana.

Apa yang penting adalah anda perlu tahu cara untuk melancarkan iklan AdWords anda dengan betul.

Kesan Iklan Tidak Dilancarkan Dengan Betul

Kesan paling utama adalah, anda memberikan ‘duit percuma’ kepada Google.

Dengan kata lain, anda sebenarnya membayar ‘cukai’ yang tinggi kepada Google, yang mana cukai itu anda boleh dielakkan jika tahu cara yang betul.

Jadi, di dalam panduan ini, saya akan berkongsi dengan anda, langkah demi langkah bagaimana untuk melancarkan kempen pengiklanan AdWords anda, dengan betul.

Bagi panduan ini, saya membuat andaian bahawa:

1. Anda telah mempunyai akaun Google AdWords. Jika belum, anda boleh rujuk tutorial ini.

2. Anda sudah mempunyai landing page untuk digunakan selepas prospek klik iklan anda (landing page boleh jadi laman web anda sendiri, Facebook page, mahupun laman web orang lain).

Untuk memahami dengan lebih mendalam apa itu landing page, anda boleh rujuk disini:

http://www.prospekdigital.com/apa-itu-landing-page/

Panduan ini cukup mudah tujuannya – untuk membantu melancarkan iklan AdWords pertama anda dengan betul.

Langkah #1 – Masukkan Nama Kempen

Untuk bahagian ini, anda boleh menamakan apa saja nama kempen anda.

Biasanya, nama kempen akan merujuk kepada:

i. Laman web bisnes yang akan digunakan dalam kempen (contoh: ProspekDigital.com)

ii. Jenis type bagi kempen tersebut (contoh: ProspekDigital.com | Search Campaign)

langkah 1 & 2

Langkah #2 – Pilih Jenis (Type) Kempen

Terdapat 4 type kempen di dalam AdWords, iaitu:

i. Search & Display Networks;

ii. Search Network Only;

iii. Display Network;

iv. Online video (Youtube).

Dalam panduan ini saya akan memilih ‘Search Network Only’ sebagai contoh:

type adwords campaign

Tip ProspekDigital: Asingkan kempen anda mengikut jenisnya samada ‘Search’ atau ‘Display’. Elakkan daripada menggunakan ‘Search & Display Networks’.

Langkah #3 – Pilih ‘Networks’

Bagi kempen Search Network Only, terdapat pilihan tambahan iaitu search partners. Search partners ini adalah laman web yang berada di dalam network Google sendiri seperti Google Shopping, Google Maps, serta enjin carian lain yang menjadi partner Google seperti AOL, Ask.com dan lain-lain.

Biasanya, saya akan memilih untuk tidak menyiarkan iklan saya di dalam search partners dengan ‘untick’ pilihan ‘Include search partners’:

langkah 3

Langkah #4 – Pilih Lokasi Iklan

Bagi pilihan ‘Locations’ ini, anda boleh memilih dimana iklan anda akan disiarkan – mengikut lokasi prospek.

Anda boleh memilih samada untuk menyiarkan iklan ke seluruh planet bumi (All countries and territories), atau negara tertentu, atau anda boleh pergi lebih mendalam sehingga tahap bandar (Let me choose…).

Dalam panduan ini, saya memilih Malaysia sebagai lokasi target:

langkah 4

Langkah #5 – Pilih Target Bahasa

Di dalam pilihan ‘Languages’ ini, anda boleh menggunakan bahasa default iaitu English, atau menambah bahasa lain (mengikut jenis bahasa yang digunakan prospek anda). Anda boleh klik ‘Edit’ untuk memilih bahasa yang lain:

langkah 5

Langkah #6 – Pilih Jenis Bidaan & Tetapkan Bajet Harian

Dibahagian inilah biasanya kesilapan mudah yang dilakukan oleh pengiklan AdWords baru. Secara default, Google sendiri akan menentukan nilai bidaan bagi kempen anda melalui opsyen ‘AdWords will set my bids to help maximize clicks within my target budget’, namun adalah lebih baik untuk anda sendiri memilih nilai bidaan dengan klik opsyen ‘I’ll manually set my bids for clicks’:

langkah 6

Masukkan nilai bidaan anda dibahagian ‘Default bid’ seperti dalam gambar dibawah:

langkah 6 b

Tip ProspekDigital: ‘Default bid’ ini tidaklah terlalu penting, kerana anda boleh menentukan bidaan bagi setiap katakunci di dalam ad group anda selepas ini. Jadi anda boleh letak berapa saja nilai bidaan yang anda mahu. Biasanya saya akan meletakkan nilai RM0.30 sebagai default bid disini.

Setelah menentukan nilai bidaan CPC (Cost per Click), anda boleh menentukan bajet harian anda di bahagian ‘Budget’.

Langkah #7 – Klik ‘Save and continue’

Seperti dalam gambar dibawah:

langkah 7

Bagaimana dengan opsyen ‘Ad extensions’?

Anda lihat diatas terdapat opsyen ‘Ad extension’, ini adalah opsyen yang ‘optional’. Jangan risau anda boleh melancarkan iklan AdWords seperti biasa walaupun anda tidak memilih mana-mana pilihan di dalam opsyen tersebut.

Langkah #8 – Tulis Iklan Pertama

langkah 8

Masukkan iklan anda mengikut format yang ditentukan AdWords yakni:

i. Headline (maksimum 25 karakter)

ii. Description Line 1 (maksimum 35 karakter)

iii. Description Line 2 (maksimum 35 karakter)

iv. Display URL (maksimum 35 karakter)

v. Destination URL

Bagi format i, ii, iii, dan iv, ianya adalah elemen yang akan dipaparkan kepada prospek, manakala format v (Destination URL) adalah link ke landing page yang prospek akan tiba selepas klik iklan anda.

Tip ProspekDigital: Masukkan katakunci yang prospek akan guna untuk membuat carian di Google di bahagian headline. Manakala di bahagian Description Line 1, masukkan USP (Unique Selling Point) produk anda berbanding pesaing. Jika tidak cukup anda boleh sambung di Description Line 2. Jangan lupa masukkan CTA (Call to Action) di bahagian akhir Description Line 2, contohnya seperti ‘Beli Sekarang!’, ‘Tempah Sekarang!’:

iklan adwords

Dibawah adalah contoh iklan mengikut tip diatas:

contoh iklan prospekdigital

Langkah #9 – Masukkan Katakunci Target

Masukkan katakunci target dibahagian kotak yang disediakan:

langkah 9

Ada 4 jenis keyword match type yang anda boleh guna, iaitu:

i. Broad match (contoh: prospek digital);

ii. Broad match modified (contoh: +prospek +digital);

iii. Phrase march (contoh: “prospek digital”);

iv. Exact match (contoh: [prospek digital]).

Langkah #10 – Masukkan Bidaan Ad Group & Lancar Kempen

Masukkan bidaan Ad Group di bahagian ‘Default bid’:

langkah 10 a

Tip ProspekDigital: Default bid ini adalah hanya untuk bidaan bagi ad group yang anda akan lancarkan sekejap lagi. Anda masih boleh tentukan bidaan bagi keyword-level selepas anda melancarkan kempen ini.

Sebagi contoh, jika anda terlupa untuk meletakkan bidaan bagi keyword-level, Google akan menggunakan bidaan bagi ad group-level ini sebagai panduan. Namun jika anda telah menetapkan bidaan bagi keyword-level, bidaan default ad group-level ini akan diabaikan.

Setelah semuanya selesai, klik ‘Save ad group’ dan iklan anda sudah tersedia untuk beraksi.

Bergantung pada review yang dibuat oleh Google (mengikut polisi iklan di AdWords), jika kempen anda tidak mempunyai apa-apa masalah, iklan akan disiarkan seawal 5 ke 10 minit anda melancarkannya.

Ada soalan? Tanya saja saya dibahagian komen dibawah, 🙂

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. tips yang baik.

    langkah-langkah juga boleh difahami.

    soalannya, masih sama ke pada tahun 2015 ini?

  2. Insyaallah saya nak cuba buat adwords untuk salah satu produk yang saya pasarkan.Baru saja tempah ebook tadi supaya boleh dapat extra tips dan elak bagi duit free pada Google.

    • Zulhilmi Zainudin says:

      Terima kasih cikpuan Rahimah kerana mendapatkan eBook panduan AdWords kami. Kami harap ilmu yang kami kongsikan dalam eBook tersebut membantu cikpuan memahami AdWords dengan lebih mendalam. 🙂

  3. Assalam..saya baru je buat adwords tapi masih blur especially bab2 bid, keyword match type.. Tak tau macam mana cara yang terbaik.. Boleh tau harga ebook..Maybe boleh jadi panduan sy..terima kasih

Speak Your Mind

*

Shares