Google Tambah Komponen Ke-3 Ranking AdWords

AdRank adalah formula yang digunakan oleh Google untuk menentukan posisi atau ranking iklan di AdWords.

Jika sebelum ini AdRank terdiri daripada dua komponen yakni nilai Quality Score dan nilai Max. CPC, dengan kemaskini terbaru ini, Google telah menambah komponen ketiga – hasil yang dijangka daripada extension iklan (ad extensions).

ad rank

 

Sebagai contoh jika dua pengiklan, pengiklan A & B mempunyai nilai bidaan max. CPC & Quality Score yang sama, Google akan menggunakan komponen ketiga ini untuk menentukan ranking mereka.

Google akan menentukan samada sitelinks pengiklan A atau pengiklan B yang mampu membawa impak CTR yang lebih tinggi kepada iklan masing-masing.

Jika iklan dari pengiklan A mempunyai hasil jangkaan bagi CTR iklan yang lebih tinggi, maka iklannya akan mendapat ranking lebih tinggi dari pengiklan B. Juga komponen ketiga ini akan membantu menentukan sitelinks manakah yang akan disiarkan.

Sebagai contoh bagi carian Google melalui smartphone, call extension akan mempunyai kemungkinan mendapat klik yang lebih tinggi daripada sitelinks extension.

Maklumat lanjut pengumuman ini boleh dibaca di blog AdWords: http://adwords.blogspot.com/2013/10/improving-ad-rank.html

Kredit imej: Google
Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. Salam. Alhamdulillah. Terbaik bagi Publisher

Speak Your Mind

*

Shares