Apa Itu Landing Page?

Di dalam pemasaran carian, landing page merupakan salah satu komponen terpenting bagi memastikan kempen pemasaran carian (SEO mahupun SEM) anda berjaya.

Dalam tafsiran mudah, landing page adalah perkara yang pertama prospek akan lihat selepas klik iklan anda di AdWords ataupun link URL anda di keputusan carian natural (natural SERP – Search Engine Results Page).

===============

NOTA: Buat sendiri kempen AdWords anda – akses kepada ratusan malahan ribuan prospek target anda di Google. Belajar langkah demi langkah di dalam ebook panduan AdWords ini:

http://www.prospekdigital.com/ebook-panduan-adwords/

===============

Biasanya, apabila disebut landing page, ianya lebih dikaitkan dengan SEM, yakni pemasaran melalui AdWords atau Bing Ads.

apa itu landing page

Kenapa Landing Page?

Di dalam perspektif SEM, landing page dibina dengan beberapa tujuan, seperti:

i. Mendapatkan maklumat prospek (untuk kempen lead generation/list building);

ii. Melakukan jualan;

iii. Membina kesedaran (brand awareness) terhadap jenama atau produk.

Bagaimana Untuk Membina Landing Page?

Bergantung kepada jenis laman web bisnes anda. Landing page boleh jadi samada:

i. Homepage itu sendiri;

– Biasanya landing page yang menggunakan homepage itu sendiri adalah laman web yang menggunakan minisite (single page website), yang menjual satu jenis produk/servis sahaja.

Contoh:

MyTeksi.com - contoh single page site (minisite)

ii. Laman (page) tertentu di dalam laman web anda;

– Bagi landing page sebegini, ianya banyak digunakan dalam laman web jenis e-commerce (yang menjual pelbagai jenis produk). Dan di dalam laman web ecommerce, single page bagi produk itulah yang boleh dijadikan sebagai landing page.

Contoh:

Contoh single product page di FashionValet.com

iii. Landing page khas dicipta untuk kempen SEM anda.

Landing page sebegini dicipta khas untuk menyokong kempen SEM anda, seperti contoh lead generation (mendapatkan maklumat prospek untuk proses ‘close deal‘). Landing page sebegini biasanya digunakan di dalam industri yang mengambil masa yang panjang untuk menjual (long sales cycle) seperti contoh B2B, insurans, produk berharga tinggi (kereta, rumah), dan lain-lain.

Contoh:

contoh lead generation page

Dalam apa jenis landing page pun, ianya merupakan elemen terpenting yang anda tidak boleh pandang enteng.

Jika kempen AdWords anda sudah cantik (ikut segala best practices), namun jika tidak mempunyai landing page yang mampu memenuhi tujuan kempen, anda sebenarnya telah membuat pembaziran (yang mana anda sendiri mungkin tidak sedar dengan pembaziran tersebut).

Bacaan tambahan:

1. Struktur Asas Pemasaran Carian #1 – Tujuan Kempen Yang Jelas 

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares