Apa Itu Pemasaran Carian?

Pemasaran carian (atau dengan panggilan lain, pemasaran enjin carian) adalah salah satu medium pemasaran di Internet untuk memasarkan produk anda.

Enjin carian itu sendiri berfungsi sebagai ‘orang tengah’ yang menghubungkan di antara pengguna enjin carian (prospek) dengan laman web (bisnes anda).

===============

NOTA: Buat sendiri kempen AdWords anda – akses kepada ratusan malahan ribuan prospek target anda di Google. Belajar langkah demi langkah di dalam ebook panduan AdWords ini:

http://www.prospekdigital.com/ebook-panduan-adwords/

===============

Pemasaran carian (SEM – Search Engine Marketing) terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

1. Berbayar (Google AdWords, Bing Ads);

2. Tidak berbayar (SEO – Search Engine Optimization).

google SERP

Dalam imej diatas, kotak A & B mewakili senarai iklan berbayar, manakala di kotak C mewakili senarai keputusan tidak berbayar.

Pemasaran Carian Berbayar

Bagi pemasaran carian berbayar (Google AdWords, Bing Ads), anda perlu bersaing dengan pengiklan-pengiklan lain, dan setiap klik yang dibuat oleh prospek/pelawat akan dicaj ke akaun anda.

Setiap enjin carian mempunyai platform pengiklanan enjin carian berbayar mereka sendiri.

Seperti contoh, Google dengan platform Google AdWords, manakala enjin carian Yahoo! & Bing menggunakan platform Bing Ads.

pemasaran google adwords

Untuk akses ke Google AdWords, anda boleh klik disini: http://www.google.com/adwords/

pemasaran bing ads

Untuk akses ke Bing Ads, anda boleh klik disini: https://secure.bingads.microsoft.com/

Pemasaran Carian Tidak Berbayar

Kaedah pemasaran ini lebih dikenali sebagai SEO.

Dan SEO itu sendiri bermaksud Search Engine Optimization.

Enjin carian tidak menerima sebarang bayaran bagi meletakkan mana-mana laman web di dalam keputusan natural mereka (Natural Search Engine Results).

Namun, enjin carian menggunakan kaedah tertentu bagi menentukan ranking laman-laman web di enjin carian mereka.

Kaedah tersebut lebih dikenali sebagai ‘Search Engine Algorithm’.

Bagi pemilik laman web, mereka akan melakukan seberapa banyak optimasi terhadap laman web mereka, secara dalaman (on-page optimization) serta luaran (off-page optimization).

Melalui kaedah optimasi tersebut, ‘page’ atau laman web akan mendapat ranking yang lebih tinggi di enjin carian, berbanding pesaing yang lain.

Mana Satu Sesuai Untuk Bisnes Saya?

Pemasaran carian berbayar boleh memberi keputusan dalam masa yang singkat. Hari ini anda mendaftar di AdWords, lancarkan kempen pengiklanan pertama anda, hari esok anda sudah boleh melihat keputusan terhadap kempen anda.

Manakala SEO memerlukan masa yang agak sedikit panjang untuk melihat hasilnya.

Disini, di ProspekDigital.com, anda akan dibantu untuk mempelajari kedua-dua jenis pemasaran carian ini. Jika anda berminat untuk belajar asas mengenai pemasaran carian berbayar, anda boleh lihat artikelnya disini:

http://www.prospekdigital.com/category/sem-101/

Manakala jika anda berminat untuk mempelajari asas mengenai SEO, ini link artikelnya:

http://www.prospekdigital.com/category/seo-101/

Bacaan tambahan:

1. Pemasaran Carian 101: Segalanya Tentang “Relevancy”

2. Apa Itu Google AdWords?

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares