Google AdWords Keyword Tool Ditutup Secara Rasmi

Walaupun tiada pengumuman rasmi yang dibuat berkenaan dengan penutupan Google AdWords Keyword Tool, namun ianya telah menjadi topik perbualan di kalangan pengamal industri sehari dua ini.

Ianya telah digantikan dengan Google AdWords Keyword Planner.

adwords keyword planner

Seperti jelas dan nyata (pada namanya yang baru), ‘keyword planner’ ini dilihat lebih mesra kepada pengguna Google AdWords berbanding mereka yang melakukan SEO.

Terdapat beberapa fungsi baru yang diperkenalkan di dalam alatan terbaru Google ini, namun ada juga fungsi-fungsi penting di dalam AdWords Keyword Tool yang telah dihilangkan oleh Google, seperti:

1. Jumlah carian bagi ‘local search trends’;

2. Tiada pilihan untuk melihat carian berdasarkan jenis katakunci (broad, phrase, exact);

Saya sendiri telah berkongsi pandangan pertama terhadap AdWords Keyword Planner ini di Facebook ProspekDigital, dan saya nak kongsi sekali lagi disini:

Pandangan pertama saya adalah;

1. Banyak ‘features’ penting untuk membuat kajian katakunci bagi aktiviti SEO sudah tiada;

2. Jumlah carian (avg. monthly searches) bagi setiap katakunci semakin mengecil;

3. Tiada pilihan untuk melihat jumlah carian berdasarkan jenis katakunci (exact, phrase, broad);

4. Jumlah katakunci yang dicadangkan di dalam ‘Keyword ideas’ semakin berkurang berbanding sebelum ini;

5. Tiada lagi data untuk jumlah carian berdasarkan ‘Local search trends’.

Nampaknya Google semakin ‘kedekut’ untuk berkongsi data berkaitan carian kepada penggiat SEO.

Melalui Keyword Planner ini, ia dilihat memberi kelebihan lebih kepada pengguna AdWords kerana pelbagai ‘features’ baru dilihat lebih mesra kepada kempen AdWords, berbanding SEO.

Nampaknya penggiat SEO perlu mencari alternatif kepada ‘keyword tool’ ini, atau menjadi lebih kreatif di dalam melakukan kajian katakunci untuk laman web mereka.

Bagi pengiklan AdWords, tool baru ini mungkin boleh membantu anda melakukan ‘projection budget’ yang lebih tepat, dimana anda boleh mendapat maklumat yang lebih jelas berkenaan jumlah:

1. Clicks;
2. Impressions;
3. Average position;
4. Cost;
5. CTR;
6. Avg. CPC.

InsyaAllah, saya akan berkongsi artikel yang mengupas lebih mendalam berkenaan Keyword Planner ini di masa yang akan datang di ProspekDigital ini.

Minat Nak Belajar Pemasaran Digital Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Pemasaran Digital secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. Tak sabar rasanya mahu membaca kupasan seterusnya daripada tuan tentang features terbaru ini. Masih terkapai-kapai lagi dibuatnya.

  2. so bro, ape alternatif lain kepada google keyword tools eh?

  3. first time saya singgah kat sini

    kalau tak bagitau dalam blogpost ni memang tak perasan ada benda-benda yang hilang dalam keyword planner

  4. rasanya dalam keyword planner pun masih boleh pilih untuk carian exact keyword. Sama cam dulu gak

    • Memang ada tuan Kodinz, kita boleh pilih bila kita letak keyword dalam planner.

      Beza dengan AdWords Keyword Tool sebelum ni, kita boleh terus pilih, tak perlu 2nd step macam Keyword Planner sekarang.

Speak Your Mind

*

Shares