Pemasaran Carian 101: Segalanya Tentang “Relevancy”

Enjin carian adalah jambatan.

jambatan

Jambatan yang menghubungkan antara prospek ย (atau pelawat) dengan laman web anda.

Di dalam membantu memberikan jawapan yang terbaik kepada pengguna mereka, enjin carian sedaya upaya akan melakukan yang terbaik bagi memberikan ‘output’ kepada apa saja carian yang dibuat.

Mereka yang membuat carian “cara untuk membaiki basikal’ tentunya mencari apa saja bentuk panduan yang boleh membantu menyelesaikan masalah mengenai basikal, dan mengharapkan keputusan carian adalah berkait rapat dengan basikal, dan bukannya skuter, kapal selam, mahupun kapal terbang.

Juga mereka yang mencari “tips untuk kurus” semestinya mahu mendapatkan maklumat bagaimana untuk mengurangkan beberapa kilogram daripada badan mereka, dan pastinya tidak menganggap maklumat berkenaan ubat resdung (atau makjun resdung) sebagai jawapan yang sesuai dengan apa yang dicari.

Jadi, berdasarkan dua contoh di atas, apa yang anda boleh lihat adalah, kerelevanan atau “relevancy” adalah segala-galanya di dalam pemasaran carian.

Samada anda melakukan SEO (Search Engine Optimization) mahupun SEM (Search Engine Marketing), kedua-duanya menuntut anda untuk menjadi penyelesai masalah yang relevan dengan apa yang prospek anda sedang hadapi.

Sudah tentu, mereka yang mencari peta Malaysia, mana mungkin gembira apabila diberi peta Antartika. ๐Ÿ™‚

antartika

Kredit Gambar: paul bica & 23am.com

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. Saya setuju dengan tuan Amirul. Sebagai pemilik laman web dan blog, kita seharusnya menyediakan kandungan yang terbaik dan fokus untuk menyelesaikan masalah pembaca.

    Sikap segelintir daripada pemilik laman web dan blog hari ini yang ‘over optimized’ usaha SEO mereka sedikit sebanyak memberi kesan apabila si pembaca menunjukkan ‘signal-signal’ laman web dan blog kita tidak menepati apa yang mereka mahukan.

    Usaha SEO perlukan seninya yang tersendiri dan begitu halus. Sebagai pemain SEO dan SEM, kita tidak boleh terlalu gelojoh dalam hal ini.

    Syabas tuan. Teruskan menulis dan berkongsi. Saya menanti artikel-artikel seterusnya daripada tuan! ๐Ÿ™‚

    • Itulah, kadang-kadang kita terlalu obses dengan SEO sendiri sampai kita lupa bahawa pelawat/prospek laman web adalah manusia biasa, bukannya Googlebot mahupun robot lain.

      SEO sebenar adalah membina jenama, membina bisnes cara konvensional dengan menganggap seolah-olah enjin carian di Internet tidak pernah wujud.

      Terima kasih tuan atas kata-kata semangat! InsyaAllah saya akan terus menulis selagi ada yang mahu belajar. ๐Ÿ™‚

Speak Your Mind

*

Shares