Memahami Struktur Asas Pemasaran Carian

Kata orang, kalau nak buat rumah kena pacak tiang dulu. Kemudian pasang rangka.

rangka rumah

Kalau rumah dibuat tanpa pacak, agak-agak apa yang akan jadi kepada rumah tak lama lepas tu?

Rumah runtuh. Runtuhnya seperti dibawa angin sepoi malam.

Begitu juga dengan kempen pemasaran carian anda.

Ia juga perlukan struktur asas yang betul, kalau tidak, kempen anda akan menjadi sia-sia (selain dari duit yang dilaburkan hilang begitu sahaja).

Kata orang (kata orang lagi!), ini kerja sia-sia.

Anda mungkin boleh memilih untuk melakukan kempen anda secara semberono, main hentam sahaja.

Namun, secara senyap, anda sebenarnya sedang “menghidupkan” kanser yang merbahaya kepada keseluruhan pemasaran carian anda.

Kanser ini jika tidak diubati dan dihindar, akhirnya akan menyebabkan anda akan membayar harga yang tinggi terhadap pelaburan pemasaran bisnes anda sendiri.

Ini yang perlu dielakkan sebanyak yang mungkin, di dalam membina pemasaran carian yang tegap, mantap, gagah & perkasa, kenalpasti 5 struktur ini:

1. Tujuan kempen yang jelas;

2. Kajian katakunci;

3. Pemilihan landing page yang relevan;

4. Sistem “tracking”;

5. Basuh, Perah, Ulang (Wash, Rinse, Repeat).

Saya akan huraikan dengan lebih lanjut, satu per satu di dalam entri yang berikutnya.

Kredit Gambar: ARBRE ÉVOLUTION

Minat Nak Belajar SEO Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan SEO secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Comments

  1. Terima kasih sharing bro. Saya follow blog bro ketat2.. hehe..

Speak Your Mind

*

Shares