Apa Itu Google AdWords?

Google AdWords adalah satu platform pengiklanan yang disediakan oleh Google (enjin carian terbesar di dunia) dimana anda boleh mengiklankan laman web bisnes/produk/servis anda melalui 4 saluran iaitu:

1. Enjin carian Google;

2. Enjin carian yang berada di dalam “Google network” seperti AOL, Ask.com & Netscape;

3. Laman-laman web yang menyertai program Google AdSense (program pengiklanan oleh Google) – juga dikenali sebagai Google Display Network;

4. Iklan video di YouTube atau mana-mana laman web yang membenarkan iklan video dipaparkan di dalam Google Display Network.

===============

NOTA: Buat sendiri kempen AdWords anda – akses kepada ratusan malahan ribuan prospek target anda di Google. Belajar langkah demi langkah di dalam ebook panduan AdWords ini:

http://www.prospekdigital.com/ebook-panduan-adwords/

===============

Anda boleh lihat video 4 minit dibawah (di dalam bahasa Inggeris) tentang apa itu Google AdWords:

Anda boleh mendaftar program Google AdWords disini:

https://adwords.google.com/um/StartNewAccount

Saluran pengiklanan yang disediakan di dalam Google AdWords adalah seperti berikut:

1. Iklan di Enjin Carian Google

Dalam aktiviti seharian, Google dan kita memang tidak dapat dipisahkan. Samada membuat carian untuk mendapatkan informasi berkenaan sesuatu perkara, nak cari maklumat sesuatu produk (seperti gambar, review produk), atau apa saja maklumat yang anda mahu tahu dalam masa yang singkat – Google adalah pilihan utama di dalam mendapatkan maklumat tersebut.

Akan tetapi, pernahkah anda perasan, setelah anda klik butang ‘Google Search’, ada dua senaraian berbeza pada keputusan carian?

Lihat contoh seperti dibawah:

google SERP

Kotak A & B mewakili iklan berbayar yang dibuat melalui Google AdWords.

Manakala kotak C adalah hasil keputusan carian yang tidak berbayar (hasil keputusan secara natural).

Di kotak A & B, hanya terdapat satu jenis iklan sahaja yang dibenarkan oleh Google untuk dipaparkan, iaitu iklan jenis teks (text ads).

2. Iklan di Enjin Carian Yang Bersekutu Dengan Google

Dengan kata lain, enjin-enjin carian yang bersetuju untuk menyiarkan iklan daripada pengiklan Google. Konsepnya sama seperti iklan di enjin carian Google sendiri, cuma bezanya adalah enjin carian itu sendiri.

Contoh enjin carian yang bersekutu dengan Google adalah Ask.com. Lihat contoh search results page bagi enjin carian Ask.com dibawah:

Keputusan carian Ask.com

Kotak A mewakili pengiklanan berbayar (yang dibuat melalui platform AdWords), manakala platform B mewakili keputusan carian secara natural (tidak berbayar).

Sama seperti enjin carian Google, iklan yang berbentuk teks (text ads) sahaja yang dibenarkan dipaparkan di enjin carian ini.

3. Iklan di Laman Web Yang Menyertai Program Google Adsense

Secara ringkasnya, program Google AdSense adalah program pengiklanan yang diperkenalkan oleh Google untuk membantu pemilik laman web untuk “menyewa” sedikit ruang di dalam laman web mereka kepada pengiklan-pengiklan Google AdWords, sekaligus mendapat bayaran daripada sewaan tersebut.

Contoh jika anda mempunyai sebuah laman web yang bekaitan dengan topik ‘kucing’, apabila anda menyertai program pengiklanan Google AdSense, anda akan menyewakan beberapa ruang di laman web anda kepada Google, dan Google akan menjual ruang iklan tersebut kepada pengiklan – melalui Google AdWords.

Biasanya iklan yang akan keluar adalah iklan-iklan yang relevan atau sangat berkaitan dengan kandungan laman web tersebut. Seperti contoh diatas, iklan-iklan yang akan keluar di dalam laman web ‘kucing’ anda adalah iklan-iklan yang berkait rapat dengan kucing itu sendiri, seperti contoh makanan kucing, klinik haiwan peliharaan, ataupun pusat jagaan kucing.

Berbeza dengan iklan di enjin carian yang hanya membenarkan iklan jenis teks (text ads), di saluran ini Google memberikan 2 pilihan iklan untuk anda guna, iaitu:

1. Iklan jenis banner;

2. Iklan jenis teks.

Contoh iklan jenis banner yang dipaparkan di laman web Savemoney.my (kotak merah):

contoh iklan banner

Manakala dibawah adalah contoh iklan jenis teks (text ads) yang dipaparkan di laman web Paultan.org:

contoh iklan teks

Jadi, secara ringkasnya, pemasaran melalui Google AdWords dapat disimpulkan melalui gambar catar alir ringkas dibawah:

Pengenalan Google Adwords

Rujukan tambahan:

1. Apa itu pemasaran carian?

http://www.prospekdigital.com/apa-itu-pemasaran-carian

2. 10 langkah mudah melancarkan iklan AdWords dengan betul:

http://www.prospekdigital.com/10-langkah-adwords/

Minat Nak Belajar Adwords Lebih Mendalam?

Masukkan nama & emel anda di bawah dan kami akan hantarkan tips berkaitan Adwords secara PERCUMA dari semasa ke semasa kepada anda.


Speak Your Mind

*

Shares